Khamis, 22 September 2011

Jum'ah Barakah.
Semoga Allah berkati kita semua.
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa 'ala alihi Muhammad.

********************
ujian menimpa menekan di jiwa
tak sanggup meneruskan perjuanganku

mehnahMu itu penghapus dosaku
mengganti hukumanMu di akhirat

hambaMu rasa berputus asa
siapakah dapat bersihkan diri?
dari segala dosa yang memburu
setiap hari setiap ketika.

********************
Bicara hati : Jalan dilalui makin sukar. Entah mengapa, semakin cemburu melihat kejayaan yang lain. Ya Allah, jangan jadikan aku dari kalangan hambaMu yang iri hati. Peliharalah! Jagalah! Semakin mahu melihat kebaikan-kebaikan dia. Kerna dengan itu ku harap kan temukan syukur padaMu. Doakan dia. Doakan dia. Doakan dia. Mujur ada dia meneruskan perjuangan. Syukurlah!


Tiada ulasan: