Sabtu, 30 April 2011

Membina kerinduan yang penuh rahsia.

bersama dia...


"SubhanaLlah wa bihamdih, SubhanaLlah hil 'adzim"

wardatulHikmah
01 Mei 2011
0831 a.m.
Kuala Lumpur.

Pesan pada diri sempena usia yang semakin menginjak dewasa.
1 Mei 2011.


"Semoga diri makin dijauhkan dari fitnah. Fitnah akhir zaman. Semakin diri makin dewasa. Dewasa dengan ilmu dan pengetahuan. Semoga diri makin matang. Matang bersama kecintaan yang penuh seluruh. Hanya bersamaNya, KEKASIH HATI. Jua kekasih KEKASIH HATI, Muhammad Rasullah s.a.w. Ameen."

wardatulHikmah
01 Mei 2011
0817 a.m,
Kuala Lumpur.

Khamis, 28 April 2011

صبر جميل


Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah noktah segala tadbir.

Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar.

Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Allah.

Ujian itu penebus dosa...
Meningkatkan darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang Esa
Bagai ombak...
penghias samudera!

(Ustaz Pahrol Muhamad Juoi)

"صبر جميل صبر جميل صبر جميل "

wardatulHikmah
28 April 2011
0322 p.m.
Kuala Lumpur.

Rabu, 27 April 2011

محمد رسول الله 


محمد     
semulia-mulia Arab dan 'ajam

محمد     
sebaik-baik yang berjalan

محمد     
pemurah dengan kebaikan yang menyeluruh

محمد     
yang punya ihsan dan kemuliaan

محمد     
mahkota utusan Allah keseluruhan

محمد     
yang benar tutur dan bicaranya

محمد     
yang tepat janjinya lagi terpelihara

محمد     
terpuji akhlak dan kelakuannya

محمد     
dikisahkan dengan cahaya bentuknya

محمد     
sentiasa cahayanya dari dulu

محمد     
memimpin dengan adil punyai kemuliaan

محمد     
sumber anugerah dan hikmah

محمد     
sebaik-baik makhluk Allah, keturunan Mudhar

محمد     
sebaik-baik utusan Allah sekaliannya

محمد     
agama yang benar padanya kami berpegang

محمد     
ringkas lagi benar dalam ilmu

محمد     
ingatannya roh kehidupan kami

محمد     
syukurnya wajib ke atas umat

محمد     
hiasan dunia dan permata

محمد     
menyingkap kekusutan dan kegelapan

محمد     
pemimpin elok perilaku

محمد     
dijadikannya ar-Rahman dengan kenikmatan

محمد     
ketulenan dari Tuhannya dan pilihanNya

محمد     
kesucian menutupi kesangsian

محمد     
tersenyum kepada tetamu dimuliakannya

محمد     
tetangga, demi Allah tiada kehilangan

محمد     
indahnya dunia dengan kebangkitannya

محمد     
datangnya dengan ayat dan hikmah

محمد     
hari manusia dibangkitkan, syafaat kami

محمد     
cahaya petunjuk menerangi kegelapan

محمد     
tegak kerana Allah penuh berhemah

محمد     
penutup Rasul sekaliannya

"Tuhanku, selawat dan salam selamanya. Buat kekasihMu sebaik-baik ciptaan sekaliannya"

wardatulHikmah
28 April 2011
1248 p.m.
Kuala Lumpur.

" كلمتان حبيبتان الى الرحمن "


عن أبي هريرة رضى الله عنه٠ 
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ٠

" كلمتان "
(dua kalimat)

خفيفتان على اللسان
(ringan pada lisan)

ثقيلتان في الميزان
(berat pada 'Mizan' - timbangan)

حبيبتان الى الرحمن 
(disukai oleh Ar-Rahman)

’ سبحان الله وبحمده ’
(Maha Suci Allah dengan Segala Pujian)

’ سبحان الله العظيم ’
(Maha Suci Allah Yang Maha Agung)

(رواة البخاري )

wardatulHikmah
27 April 2011
0825 p.m.
Kuala Lumpur.

Selasa, 26 April 2011

Lewat pesanan : حبيب عمر الحفيظ


Rasulullah berpesan kepada kaum Anshar,
“Aku menunggu kalian di telaga Al-Haudh,
Renungkanlah! Kedatanganmu esok di sana sangat bergantung dengan sikapmu di dunia,
Jika engkau datang ke majlis seperti ini dan ada niat di hatimu untuk mensucikan hatimu,
Niat yang kuat untuk menggapai ridho Allah, niat yang kuat untuk mengamalkan apa yang kau dengar,
Maka engkau pasti akan sampai ke telaga beliau,
Jika engkau canangkan program belajar agama dan hukum syariat bagi keluargamu...
dan engkau bantu mereka dalam rangka menunaikan urusan agama,
bantulah anak-anakmu agar mereka bisa beristiqomah,
karena saat ini banyak tangan yang akan mencengkam mereka...
yang bertujuan merusak tutur kata mereka hingga mereka berbicara busuk...
atau berupaya merusak perilaku mereka hingga mereka berbuat yang terlarang...
atau beranu meninggalkan perintah-perintah wajib...
atau merosak fikiran mereka hingga mereka berani melecehkan hukum syariat,
beranu menodai kehormatan agama dan melecehkan kemuliaan Nabi dan Rasul,
hal inilah yang hari ini banyak dipropagandakan oleh pelbagai media...
yang bertujuan mencengkeram paksa anak-anak kita.
Wahai Allah, peliharalah anak-anak kami dan seluruh anak-anak umat Islam,
Jagalah puteri-puteri kalian!
Jagalah isteri-isteri kalian!...bantu mereka untuk menunaikan perintah-perintah agama,
Jangan menjadi penghalang mereka untuk berbuat kebajikan,
Jika mereka akan berbuat baik, fasilitasi mereka! Bantu mereka!...
Karena ini merupakan tanggungjawab yang besar!!!
Pelihara dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka.

يا الله٠٠٠انت حبيب اللأعظم

wardatulHikmah
27 April 2011
0128 a.m.
Kuala Lumpur.

Ahad, 24 April 2011

الامتحان


اللهم ارزقنا يارب فهم النبيين وحفظ المرسلين والهام الملءكة المقربين في عافية يا ارحم الراحمين

KEKASIH HATI, 
permudahkan kami untuk mendepaninya...
bersama ketenangan...
bersama keyakinan...
bersama persediaan...
bersama keimanan...
yang penuh seluruh.

"Ilahi Rabbi, Anta habibul 'azomuli."

wardatulHikmah
25April2011
1105a.m.
KualaLumpur. 


Rabu, 20 April 2011

Sudah beberapa hari laman Nurullah sepi. InshaAllah. Hari ini WardatulHikmah kembali menulis lagi. Kembali membenarkan cinta yang seolah segan untuk memenuhi hati ini dengan penuh seluruh. Mudah-mudahan. Allah mendahului. Mudah-mudahan Allah menjadi matlamat. Tidak ada yang selain dariNya.

Saat ini. Kecintaan dan kerinduan pada Rasullah, kecintaan padamu, murabbi yang bersungguh-sungguh memperkenalkan pada seluruh manusia...tentang sosok peribadi mulianya Rasulullah. Junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.
Semuanya terungkap dalam nada kecintaan yang penuh rahsia. Hati jadi semakin syahdu terkenang. Ya Rasulullah. Ya habibAllah. Duhai KEKASIH HATI, kecintaan ini benar-benar kecintaan dariMu. 

Menghayati...

wardatulHikmah
21 April 2011
0126 p.m.
Kuala Lumpur.

Isnin, 18 April 2011

Membina kecintaan dengan penuh seluruh.


wardatulHikmah
18 April 2011
1120 p.m
Selangor.

Khamis, 14 April 2011

"Terkadang, syukur itu lebih tinggi makamnya dari sabar." (dipetik)


Lewat pesanan dari WARKAH CINTA.
14 : 34 
"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)

وَءَاتَٮٰكُم مِّن ڪُلِّ مَا سَأَلۡتُمُوهُ‌ۚ وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَظَلُومٌ۬ ڪَفَّارٌ۬
(QS Ibrahim : 34)

"KEKASIH HATI. Semoga diri tidak kufur dengan nikmatMu yang Maha Melimpah. Maha Banyak! Sungguh tidak terhitung. Bahkan, aku malu sendiri. Allah."

wardatulHikmah
15 April 2011
1212 p.m.
Kuala Lumpur.




Memenuhi barakah Jumaat dengan keinsafan. 

Insaf. 
Mudah terungkap. 
Bagaimana mendidik hati bersabar dengannya? 
'Bersabar dengan keinsafan.'

nurullah presentated 'Jalanku Pulang'

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
terpaut aku tak berpaling

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala kiasan indah cintaMu

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

"Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga"

Tak temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu.

wardatulHikmah
15 Aprl 2011
1155 a.m.
Kuala Lumpur.


Rabu, 13 April 2011

Nota buat diri. Nurullah. Hiduplah bersama CAHAYA KEKASIH HATI.

setiap nafas. Nurullah mahu keberkatanNya bersama.

Jadilah seperti mentari,
yang bersinar dengan cahayanya yang penuh seluruh,
Jadilah umpama mawar,
harumnya tersebar melata pada setiap ruang yang ada padanya

Jadilah seperti sang bumi,
merasa hina dengan kerendahan hatinya, bijaksanalah!
Jadilah seperti hujan,
yang menyuburkan titisan cintanya pada semua jiwa dengan penuh seluruh.

Diamlah diri dari sangkaan,
Percayalah hanya pada mata hatimu yang bersih
Hela nafas demi nafas itu berkat
kiriman KEKASIH HATI.

Inspirasi. Pancarkan dari qudwah hasanahmu buat semua manusia
Bahkan, hidupmu...biar dipenuhi dengan bakti yang penuh untuk membantu manusia
Andai dia dan dia itu masih belum diri kenali, dan sesungguhnya mereka bukanlah asing,
kerana antara manusia...kamu dan dia, kamu dan mereka, kamu dan semuanya bersaudara.

Mengapa kita mengejar harta dunia?
Adakah kita, anda fikir bahawa itu memberi kesenangan berpanjangan?
Usah berfikir, usah bersangka! Bahawa kesenangan, kepuasan itu berhasil dengan kekayaan.
Bahkan tiada satu pun dari kesenangan itu bisa menunda saat kematian
Dan sesungguhnya, keamanan dan kebahagiaan itu adalah pada saat diri menyembah ALLAH dengan penuh seluruh!

Nota 1: Rekayasa dari idea Mesut Kurtis. Penambahan pada makna untuk jadikan mutiara hikmah ini jadi lebih mapan nan indah.
Nota 2 : Pesanan buat diri. Buat ummi ayah. Buat seorang akh, inshaAllah yang akan terus saya doakan kebaikan-kebaikan yang banyak buat dirinya. Buat saudara-saudara saya semuanya. Ini saya persembahkan buat kalian. Walau dalam nada yang penuh rahsia. Hanya Allah Maha Tahu.


"Every beat of my heart says, 'Allah Allah Allah."

wardatulHikmah
14 April 2011
1109 a.m.
Kuala Lumpur

Doa buat seorang akh.


Alhamdulillah. 
Sepanjang hayat saya, tidak pernah KEKASIH HATI beri izin pada saya untuk kenal manusia seperti dia. Selama usia saya 23 tahun, belum pernah KEKASIH HATI beri ruang untuk saya menjadikan manusia sepertinya untuk saya teladani. 

Alhamdulillah.
Sungguh saya aneh waktu itu. Tidak semena-mena KEKASIH HATI mencampakkan satu perasaan. Entah! Sukar saya ungkapkan. Seingat saya, pada awal pertemuan saya ditemani seorang akhawat. Sangat terjaga. Bahkan, saya jadi malu dengan sesungguhnya! Begitu juga dia. Tidak banyak bicara yang kami uraikan. Cukup hanya pada matlamat pertemuan. Tidak ada yang lebih. Sungguh KEKASIH HATI benar menjadi matlamat.

Hampir setahun melewati.
Sungguh saya masih belum bisa tafsir perasaan dia. Dan saya sendiri begitu banyak sekali berperang dengan perasaan sendiri. Semakin hari yang saya lewati, saya tanam untuk lebih sabar dalam penantian. Lebih mujahadah tatkala saya cuba mendampingi seorang mujahid. Mujahid yang tidak pernah tewas pada waktu yang sia-sia. Seringkali amanah jua tanggungjawab berlangsung kawa sehingga suatu saat dulu, saya rasa tersisih. Bagaimana perasaannya dia? Apakah sudah berubah? Astaghfirullah. Kesalnya pada diri.

Tahun kedua.
Keadaan semakin tidak menjadi stabil. Bahkan, semakin sulit untuk saya menerka rancangan KEKASIH HATI. Hati saya makin sakit. Diri makin dirasakan terpinggir. Benar seolah tiada harapan pada hubungan. Apalagi pendengaran yang tidak-tidak dari ukhti-ukhti yang saya kenal dia. Tentang dia yang saya maksudkan begitu dan begini. Perit pendengaran saya. Perit lagi penanggungan di hati saya. Dalam mentafsir kisah cinta yang tidak kesampaian antara mereka, baru saya menemukan jawapannya. Dan saya lebih yakin. Mudah-mudahan.

Hari ini.
Bangki saya dari lena yang sungguh-sungguh panjang. Hampir saya lupa pada KEKASIH HATI, perencana takdir segala manusia. Saya nekad mengungkap kata pisah. Bukan pada ukhuwah, tetapi pada harapan yang semakin menjadi kurang pasti. "Akh, maafkan saya. Sehingga hari ini, hati saya berat untuk lepaskan kamu benar-benar pergi dari saya. InshaAllah. Saya berusaha keras untuk menjadi neutral kembali. Hati yang kosong tanpa sesiapa pun yang bisa saya isi namanya. Selain hanya ALLAH. Dan Rasulullah."

Akh,
Dari kelmarin saya terus memikirkan. Apakah yang sedang berlaku pada dirimu saat ini adalah kerna fitnah dari saya dahulu? Sehingga terbawa pada perwatakanmu yang tidak selayaknya begitu. Saya tidak meminta kebaikan daripadamu. Saya meminta atas namamu sebagai 'hafiz'. Saya meminta atas kebaikan-kebaikanmu yang begitu banyak berjasa pada manusia. Bahkan, saya meminta atas usahamu untuk menjadi soleh pada jiwa bonda yang sangat kamu kasihi. Dan tentunya, permintaan-permintaan ini bukan untuk saya. Tapi untuk dirimu sendiri. Untuk masa depanmu. Dan saya tidak mahu mengambil apa-apa keuntungan dari kebaikanmu. Kerna saya tahu, yang layaknya untuk kebaikanmu...hanyalah bondamu. Akh, andai benar saya menjadi fitnah yang tanpa sengaja terbawa pada perlakuanmu hari ini...saya mohon maaf. Terlanjurnya saya dalam perilaku. Akh, selamatkan dirimu.

Menghitung waktu.
Saat saya membilang waktu, saya semakin yakin dengan keputusan ini. Semoga jauh ini, jauh yang Engkau redha. Jauh yang engkau jua redha pada saya, akh. 'Aasif jiddan 'ala kulli hal. Jazakallahu khairan jazaak.

"Akh, semoga dirimu tetap di bawah jagaan KEKASIH HATI. Ameen"

wardatulHikmah
14 April 2011
0229 a.m.
Kuala Lumpur.

Isnin, 11 April 2011

Saat ini yang saya lalui.

tidak sabarnya saya untuk segera selesai semuanya. untuk saya kembali ke daerah ini. lihat! tenang pada tampaknya. saya mahu itu.

Alhamdulillah...
Sehingga hari ini KEKASIH HATI masih terus sudi beri saya waktu. Walhal, banyak sekali tugasan saya yang kelmarin masih tidak bisa tertunai dengan jayanya. Hari ini. Sudah separa siang saya laluinya. Tidak mahu saya bertangguh lagi!. Cukup! Saya tidak tahu, bahkan malu meminta-minta lagi dari Dia, KEKASIH HATI. Meminta agar diberi waktu dan waktu lagi, sedangkan saya sendiri memungkiri perjanjian saya. Sedangkan saya tidak bisa lagi amanah dengan sepenuhnya ke atas tanggungjawab yang saya pikul saat ini.

InshaAllah...
Saya mahu terus meniliti, membelek-belek Imam tanpa jemu. Sehingga saya benar-benar selesai bersamanya. Saya mahu terus mencungkil lagi dan lagi, siapa Sami Mekong pada simboliknya nama? Bukan hanya pada zahir tampaknya.

"KEKASIH HATI, izinkan saya. Izinkan kami bersegera melaksanakannnya."

Rabbi yassir wala tu'assir. Allahumma yassir wala tu'assir.

wardatulHikmah
12 April 2011
0207 p.m.
Kuala Lumpur.

Semalam saya menyaksikan sesuatu. Bahkan Allah jua Maha Menyaksikan.

sambil mencicip 'kado' baru dari saya. bersama kita hayati. 
semoga ini tidak menjadi rugi.

Kelmarin harinya....
saya sempat menyaksikan sesuatu...
sesuatu yang begitu keras saya mahu lari daripadanya....
namun, masih belum mampu....

Kelmarin jualah harinya...
sempat saya memikirkan sesuatu...
benarkah khilaf dulu yang buat hambamu itu sedemikian lakunya?
Astaghfirullah...jangan Ya Allah...
saya dipersalahkan tatkala manusia makin tenggelam dalam khilafnya....

Kelmarin saya bersaksi....
betapa ketidakjujuran berlangsung kawa di hadapan mata...
mujur...hati ini sudah lama KEKASIH HATI pegang bersama hatiNya...
sehingga saya tidak tersinggung walau sekelumit cuma...
bahkan, lebih bangga bersaksikan Tuhan...KEKASIH HATI saya benar-benar buat saya sedar...
nilaian mana yang kaca, mana pula permata....
itu sudah cukup pada yang layaknya penilaian saya....

sudah! cukup. saya tidak mahu terlalu letih terus membicarakannya...
dan sekarang saya yakin, dimana pilihan saya.
cukuplah Dia....
KEKASIH HATI saya.

wardatulHikmah
12 April 2011
0131 p.m.
Kuala Lumpur.

~FREEDOM~

saya mahu seumpama dia. bebas terbang.

FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOM...

FREEDOM!

~ALLAH, in the remembrance of YOU~

wardatulHikmah
12 April 2011
0405 a.m.
Kuala Lumpur.