Selasa, 27 Disember 2011

Healing.

24 Disember lalu, dua anak buah saya 'ke' wad Salam Specialist Hospital Shah Alam.
Dua-dua sebab yang sama - PNEUMONIA (radang paru-paru). Hanya doa dan simpati buat si anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa.

 

Danial dan adik...Nuh Hazqil...syafakAllah! Cepat2 sembuh tau =P

Dan 2 hari lepas, 26 Disember...
Lagi sorang anak buah saya dimasukkan ke wad Hospital Pusrawi. Atas sebab yang sama. 


Nadzil Aizad, syakakAllah adik. <3

Dalam fikiran saya, apa PNEUMONIA ni? 

Pneumonia is a general term that refers toan infection of the lungs, which can becaused by a variety of microorganisms,including viruses, bacteria, fungi, and parasites.
Most cases of pneumonia are caused by viruses, includingadenoviruses, rhinovirus, influenza virus (flu), respiratory syncytialvirus (RSV), and parainfluenza virus (which causes croup).
Often, pneumonia begins after an upper respiratory tract infection(an infection of the nose and throat), with symptoms ofpneumonia beginning after 2 or 3 days of a cold or sore throat.
Check this out - SIGN & SIMPTOMS on your babies. 
Symptoms vary depending on the age of the child and the cause of the pneumonia, but common ones include:
  • fever
  • chills
  • cough
  • nasal congestion
  • unusually rapid breathing (in some cases, this is the only symptom)
  • breathing with grunting or wheezing sounds
  • labored breathing that makes the rib muscles retract (when muscles under the ribcage or between ribs draw inward with each breath) and causes nasal flaring
  • vomiting
  • chest pain
  • abdominal pain
  • decreased activity
  • loss of appetite (in older kids) or poor feeding (in infants), which may lead to dehydration
  • in extreme cases, bluish or gray color of the lips and fingernails
Someone with pneumonia in the lower part of the lungs near the abdomen might have fever and abdominal pain or vomiting but no breathing problems.
Kids with pneumonia caused by bacteria usually becomes sick fairly quickly and will have a sudden onset of a high fever and unusually rapid breathing.
KIDS with pneumonia caused by viruses probably will have symptoms that appear more gradually and are less severe, though wheezing can be more common in viral pneumonia.
Some types of pneumonia cause symptoms that give important clues about which germ is causing the illness. For example, in older kids and adolescents, pneumonia due to Mycoplasma (also called walking pneumonia) is notorious for causing a sore throat, headache, and rash in addition to the usual symptoms of pneumonia.
In infants, pneumonia due to chlamydia may cause conjunctivitis (pinkeye) with only mild illness and no fever. When pneumonia is due to whooping cough (pertussis), a child may have long coughing spells, turn blue from lack of air, or make the classic "whoop" sound when trying to take a breath.


p/s : Segeralah bawa diri atau keluarga anda sekiranya mereka mengalami simptom seperti yang dinyatakan di atas. Moga nikmat kesihatan ini buat diri jadi tambah syukur. Ameen.

=)

Sabtu, 24 Disember 2011

Selamat Hari Lahir!

24 Disember
Sanah helwah, awak!


"Semoga Allah berkati usiamu. Semoga Allah mengizinkan kebahagiaan itu jadi milik kamu. Semoga Allah memberikan kejayaan yang kamu impi...menjadi milik kamu. Ameen. Ameen. Ameen Ya Allah."

*sehingga kamu kahwin pun akan tetap doakan kamu. Insya Allah.*

=)

Rabu, 21 Disember 2011

* take 5! ^^ (sedang mengalami alahan bersama kandungan ke-3. The 3rd chapter names is 'Adni.)

Buka youtube. Dan tengok video2 OSEM yang memang awesome! Lalu, terjumpa video ni. Sebak saya kerananya. Terimalah...


Mungkin kerana Darul-Quran. Sangat banyak impian saya yang terbina darinya...tidak kesampaian. Dan kini...saya seperti membina harapan. Owh Allah.

*Dengan rasa cinta yang mendalam, saya hayati video ini. Terkesan.* ='(


Apabila saya katakan: "Saya cintakan awak."
Itu maksudnya, saya mahu masuk syurga dengan awak.
Maka jika saya ada buat perkara yang menyebabkan kita masuk neraka,
itu tandanya, telah hilang cinta antara kita.

-Brother Hilal Asyraf-

*Dimana hentian saya? Dan dimana titik mulanya? Terus mencari hikmah atas setiap yang terjadi. Redah!* 


Saya cintakan awak.

TAPI...

Saya bencikan 'awak'.

-anonymus-


Selasa, 20 Disember 2011

Pregnancy!

Usai solat Zohor,
Main Library UM.

Bulan kedua kehamilan. Dan saya teruja! (heh^^)

Sebenarnya, kandungan dan kehamilan yang saya maksudkan adalah tesis saya. Heh ^^ Macam tak masuk akal kenapa saya pakai istilah ni. Tapi inilah ceritanya...

Suatu hari. "Proposal ni buat Huda muntah-muntah, loya nak siapkan. Macam morning-sickness."

"Hurm?" kening sebelah kanan di angkat, sambil mata masih menatap wajah Huda.

"Yerlah. Macam orang mengandung. Kalau billa perasan, time buat proposal tu macam-macam perasaan ada.  Loya, nak muntah, seram sejuk pun ada. Then bila kita dah start writing, tak semestinya apa yg kita buat itu 100% betul. Kena jumpa supervisor lagi. Kalau supervisor tak puas hati, kena kasi injection biar maju sikit. Chapter by chapter kena teliti. Chapter 1 peringkat proposal, boleh cakap awal pregnancy. Dan masuk chapter 2, ragamnya macam pregnant bulan kedua. Macam tula sampai la supervisor cakap dah boleh jilid. Masa tu, tak sabar-sabar nak pergi menjilid macam baby yang tak sabar-sabar nak keluar (kalau dah sampai masalah. heh.)."

"Betul jugak eh. Huhu. Tapi billa still tak dapat rasa macam mana  kandungan bulan 1, bulan 2, bulan 3... (loyer buruk =P) Kalau perit nak writing chapter 2 tahulah." saya berseloroh.

Ruangan kamar bergema dengan tawa kami.

Okay, back to the topic...sebenarnya, dalam saya masih fikir-fikir dan cari apa kaitan buat tesis dengan orang mengandung...lalu timbul idea untuk saya namakan chapter saya dengan nama anak-anak yang saya suka. (nak kasi nama anak, xda anak lagi. huhu. chapter ni rasmi dulu nampaknya nama anak-anak ibu.haha!) =D

Chapter One namanya Urwah
Chapter Two namanya 'Aisyah

Gabungan kedua-duanya saya tulis 'Baby's growing up.' (macam real ja kandungan ni. huhu)

Dan untuk last chapter, saya sedang memikirkannya. Any idea? Haha!

Moral of the story : Nak berjaya, bukan mudah! Sebab itu bila ada motivasi yang 'gila-gila' macam ni boleh jadi pemangkin semangat (kot).



Apapun, saya selalu pegang yang ini :
" Verily, in the hardship...will be ease. Allah did promise."

=)
* kembali fokus dengan diari ibu hamil! =P bulan ke-3 *

Rindu padamu GERHANA, kini kuubati.

Lokasi : Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Waktu : 8.00 - 10.45 malam.

Mengimbau kembali. Betapa 'meriah kesakitan si bulan dirai. Bersama alunan tasbih memuja-mujiMu. Dan dalam doa imam, keluh kesah nadanya mengharapkan kesakitan itu pergi.

Usai solat Maghrib, cepat-cepat saya kerah junior saya - Shahirah bersiap. Kurang lebih jam 8 kami bertolak dari rumah. Saya setia dengan 'Mr. Red Ego'. Dan adik Sha bersama tunggangan barunya, 'Miss White LC'. (heh ^^) Bersamanya juga, ada tetamu istimewa...Zainab Mohamad! =D

Adik sha mengetuai konvoi. Sebelum meluncur laju ke arah Masjid Negara, saya menghala ke 12th College. Adik Sapinah menunggu di sana. Jadi, rombongan kami berempat. Ada saya, adik sha, peen & Zainab.

*dalam masa yang sama, hp saya tamat riwayatnya apabila terjatuh di traffic light DTC. tak sempat kukutip, hp tu dah kena lanyak dek kereta yang meng'ganas'. Adeh! (selingan)

Kira-kira 15 minit pemanduan, alhamdulillah! Kami sampai di perkarangan Masjid Negara. Imam dah nak memulakan solat Isya'. Cepat-cepat kami meniti anak tangga.

Adik sha segera mengambil tempat dari saf-saf di hadapan. Kami 'ketinggalan' di belakang.

"Allahu Akbar..."

Hati tiba-tiba rasa sayu. Diam tanpa kata hingga akhirnya. "Assalamualaikum warahmatullah..."

Usai solat Isya' berjemaah, ratusan jemaah bangun lagi untuk solat sunat gerhana. Awalnya saya tak faham kenapa mesti solat sunat. Adakah ini musibah? Sedangkan sebelum ni dah banyak kali kot baca artikel pasal gerhana ni. Alhamdulillah! Lepas solat sunat, imam kasi khutbah. Dan disitu baru saya faham kenapa mesti 'kesakitan bulan' itu perlu diraikan dengan sujud membesarkan Tuhan.

Usai solat, doa semuanya...jemaah berpusu-pusu keluar ke perkarangan masjid sebab nak tengok cahaya bulan yang dah kian malap. Ada tu siap rakam video lagi. Kami yang datang tanpa apa-apa 'persiapan'...terus-terusan mendongak ke langit. Sambil dalam hati, hanya ada lafaz yang tidak ada manusia di luar yang bisa menafsir.

SubhanAllah!

Kata seorang junior yang secara tak kebetulan jumpa di sana, "Kalau kak billa nak pergi tengok gerhana, cepat-cepat pergi Planetarium. Dekat ja." Saya sekadar angguk-angguk. (sebab dalam fikiran nak 'pekena' bihun sup yang disediakan pihak masjid. heh ^^ rezeki jangan ditolak...ya dak? ) =P

Okay! Selesai semua. Kami bergegas ke Planetarium. Alangkah sedih, pilu, sayu...! Masakan tidak? Hos wanita yang konon mengacara sambutan gerhana itu suruh countdown (waktu bulan betul2 dilindungi). Sebab pertama kali saya saksikan,  jadi timbul dalam fikiran, 'memang macam ni ka sambutan gerhana?' Sayangnya! Sebab coordinator bukan di tangan Muslim, jadi sebab itu jadi sambutannya sepi tanpa 'iman'. Kesian si gerhana!

Cepat-cepat sedar...jadi, sendiri-sendirilah ingatkan diri. Panjatkan tasbih puja puji pada Tuhan. Supaya doa-doa yang dibawa imam tadi tidak 'lari bertempiaran'. Kesakitan yang menghuni dirimu bulan, cepat-cepatlah meminggir.

Berempat. Kami terpaku mendongak ke langit. Sehingga bulan tidak lagi tampak di penglihatan. Lalu, perlahan mengatur langkah untuk pulang.

Dalam hati. Terus-terusan bertasbih. Moga gerhana ini tidak lama. Moga besok bulan bisa memancarkan cahayanya!

Saya tunggu. Kami tunggu.
Alhamdulillah! Bulan kembali bercahaya!

Dan pagi esoknya hujan, tidak semena-mena.
SubhanAllah!

*tanpa kata*
Terima kasihku padaMu Tuhanku
tak mungkin dapat terlukis
oleh kata-kata
hanya diriMu yang tahu
besar rasa cintaku padaMu

Oh Tuhan, anugerahMu tak pernah berhenti
selalu datang kepadaku
Tuhan Semesta Alam!
dan satu janjiku...

"Takkan berpaling dariMu."


<3

Jumaat, 16 Disember 2011

Diari kecil.

Bismillah.

Salam penuh keceriaan! =D

Ralit nak belek-belek tesis, secara tak sengaja teringat memori kecil. Sekadar untuk kepuasan saya sendiri.

Dulu, masa prasekolah, ayah selalu belikan story books untuk kami adik beradik. Winnie The Pooh adalah salah satu buku yang sangat saya gemari. Kerana teruja dengan ceritanya, saya fikir tidak ada cerita yang mampu menandingi buku 'pooh' ini.

Rupanya...

Waktu balik sekolah, masa tu baru darjah 3... ayah beli CD Tarzan. Kami adik beradik seronok menyaksikannya! Awesome! Hari ini teringat lagi dan untuk kali yang entah ke berapa kalinya, saya menyaksikan lagi. Motivasi saya sewaktu kecil dulu. Moga-moga masih berkesan untuk motivasikan jiwa saya yang semakin 'tua'. Heh ^^

Dan...

Saya sukakan soundtrack  Tarzan ini. Setiap kali dengar, hayati liriknya..mesti saya akan teringat ummi. Apa yang Phil Collins sebut tu, sama macam apa yang ummi 'nyanyikan' pada saya. Cukup. Tidak mahu bicara panjang. Saya bahagia dengar lagu ini.

Dengarlah...



Moral of the story :
* No one can replace ummi and ayah! No one can replace their affection. No one! No one! I miss them very much.
* When i was teaching, then i realize that 'how to make my 'children' have fun in my classroom' It is come from my ayah. Then i had 'copy paste' the method and do the same.

May Allah bless our day!
BarakAllah.

Allah. Allah.
=(

Khamis, 15 Disember 2011


"Saya sayangkan adik Sapinah Nordin. Darinya saya banyak belajar. Sungguh. Dia yang sangat berahsia."

Penuhkan hati ini dengan kasih sayang pada hamba-hambaMu yang soleh, solehah 
Ya Muhaimeen.

Ameen Ya Allah.
=)

*selaut syukur*

Selasa, 13 Disember 2011



Smiles are great investments -
the more you collect, the better you feel.
=)

* adik confused *

abang Aiman ajar," adik...senyum macam ni lah"

 * heh. xda gigi lah pulak * 
=P

Seorang sahabat cuba mengandaikan bagaimana senyumnya Baginda Rasulullah SAW. Tidak tergambar!
Masya Allah, pasti sangat menenangkan.

=)

Isnin, 12 Disember 2011

Rindu menukilmu gerhana,
terpaksa kudiam sebentar.

Hari ini fokus menulis tesis.
Esok TEST!

* study SMART! * 
=)

Redah! 

 " Ya Allah, rahmatMu lah yang aku pohon, yang aku harap
Jangan Kau serahkan diriku kepadaku walau sekelip mata
Baikilah urusanku keseluruhannya
Tidak ada Illah selain Engkau. Ameen Ya Allah."

Sabtu, 10 Disember 2011

Coming soon...

G.E.R.H.A.N.A

Masjid Ke-II

Alhamdulillah!

Hari ini, dengan izin Allah. Penat dan penat untuk bercerita. Cukup sekadar foto ini yang berbicara. Terimalah!

Naurah.

Cikgu Shahidi & keluarga.

Bersama meraikan...

Cikgu Redza Khowarizmi & pasangan.

"BarakAllahu lakuma wa barakah 'alaykuma wa jama'ah bainakuma fi l-khayr. Ameen."

Jumaat, 9 Disember 2011

Khamis, 8 Disember 2011

Semalam,
bersama mimpi.

Ada ummi,
ada saya...
ada kakak.

Saya dan kakak...
berdua berlari berkejaran
sehingga ummi 'berteriak' kemarahan.

Panik!
Panik. Saya bersembunyi
di balik meja...
tersorok...makin hebat debar itu.

Sehingga terjaga
peluh merenik
panik!

"Allah. Sungguh sangat merindu ummi. Semalam dimarahi ummi hanyasanya saya mengadu, 'ummi...' Lalu ummi memarahi kembali hanya kerna hal kecil sahaja saya mudah 'cengeng' Aduh! Perit! Tidak melawan...cuma terus diam. Sehingga penghujungnya salam disampaikan."

(Ringing) Terpapar di skrin, 'ayah'.

"Kenapa ni? Hurm?" ayah menyapa lembut. Suara tangisan cuba ditahan. Ternyata ayah lebih cepat membacanya. Dipujuk. Sehingga hati ini kembali tenang. Tiada lagi tangisan. Cuma sendu yang berbaki.

Allah!
Tanpa disangka,
betapa deras kasihMu mengalir
dari sayang si ayah.

Itulah pertama kali. Selama hayat saya...terasa ayah lebih sangat dekat. Allahu Akbar! Terima kasih atas kasih sayangMu.

* Ayah. Sangat merindumu. Rindu memelukmu. Rindu mencium tanganmu. Rindu mencium dahimu.
* Ummi. Terkadang anakmu lemah. Hanya sedikit ruang anak ini mahu menagih kasihmu. Hanya sedikit. Namun, ummi lebih tahu. Tegas itu untuk mendidik anak ini jadi lebih kuat! Lebih tabah! Terima kasih ummi.
* Kakak, hanya dirimu satu-satunya saudara perempuanku. Betapa dirimu makin jauh. Saya rindu saat kita berpegang tangan berjalan berdua. Seperti waktu prasekolah. Begitu hebat kasih sayangmu. Dan kini, dikau semakin jauh. Kakak, dengan sabar menantimu kembali mendampingiku. Seperti dahaganya si adik tanpa madu kasih seorang kakak, walau hanya setitis. Begitu hebat rindu ini padamu.

* mahu merasa BAHAGIA seperti mereka*

Monolog II



"Tempoh ke arah itu masih lambat. Bahkan kami belum merancang apa-apa lagi." wajah Irfan serius. Sungguh-sungguh dia cuba memberi penjelasan.

******

"Nawwirah, kamu tahu lelaki sudah memberi harapan pada yang lainnya. Kamu tahu itu Nawwirah! Jangan pernah mendekati dia lagi. Yakinlah! Pastinya akan ada laki-laki lain yang jauh lebih baik dari dia untuk kamu. Yakin itu Awin!" lembut nada Insyirah. Tangannya menggenggam tangan teman baiknya itu.

"Awin, episod awak dan dia dah berakhir. Dan kamu sendiri sudah berjanji untuk tidak mendekatinya lagi. Lalu dimana kekuatan kamu untuk mempertahankan itu semua?" kali ini nada Insyirah menegas. Sengaja dia begitu. Hanyasanya memberi keyakinan pada sahabatnya untuk benar-benar melepaskan lelaki yang dimaksudkan.

******

Perlahan Awin berjalan menyusun langkah. Daun-daun kering yang sudah bertukar warna kekuningan itu setia menemani lorong kecil yang dilewati Awin. Allahu Akbar! Hatinya sebak. Kata-kata Insyirah semakin galak bermain dalam fikirannya, seperti kembali menusuk masuk ke gegendang telinga. Wajah anak muda itu tenggelam timbul dari benak fikirnya. 

Tangannya menggigil menahan kesejukan. Lalu disorong perlahan ke dalam kocek baju sejuk. "Astaghfirullah al-adzim." Berbisik. Dia nekad. Esok dia akan mendepani Irfan untuk menamatkan segala kecelaruan yang berlaku.

******

'Maafkan saya, Irfan. Jujur. Saya tidak bisa menerima kamu kembali. Hati saya sungguh sakit menerima kenyataan ini. Melepaskan kamu, sedang hati saya masih sangat mengharapkan kamu. Namun, saya nekad! Ada hati yang perlu dijaga. Dan kamu tahu itu."

"Awin, antara saya dan dia...kami cuma teman tapi mesra. Ya! Benar saya pernah memberi harapan padanya. Tapi untuk perkahwinan yang kamu maksudkan antara saya dan dia...saya sendiri belum serius memikirkannya." Irfan merayu. Semakin mendekat. Awin kurang senang dengan keadaan itu. Dia mengundur beberapa langkah ke belakang. 

"Irfan, sejak saya lepaskan kamu...saya berjanji untuk memberi ruang bagi perempuan yang lebih layak mendekati kamu. Saya harap kamu faham maksud saya apa. Kamu tahu kondisi saya. Please...benarkan saya menjauh dari sini. Saya harus membina kehidupan sendiri. Tapi bukan dengan kamu."

"Kehidupan apa yang kamu maksudkan? Kamu yakin bisa membina semua itu tanpa saya? Please...saya pernah berjanji pada diri saya sendiri untuk tetap bertanggungjawab ke atas kamu. Walau apapun keadaannya! Tolong Awin."

Nawwirah bingung. Alasan apa lagi yang harus diberi. Sungguh dia tidak mampu menafikan perasaannya pada Irfan. Hanya Irfan lelaki yang benar-benar dia harapkan setelah peristiwa 4 tahun yang lalu. Kehadiran Irfan ternyata kembali membuka pintu hatinya. Namun, dia harus menerima hakikat bahawa, lelaki di hadapannya itu pernah memberi harapan pada wanita lain. Dan seperti situasinya dulu, harapan itu adalah satu janji. Yang harus diberi penanggungjawaban! Hatinya tidak rela membiarkan Irfan kembali dalam kehidupannya, pada saat dia tahu bahawa hati Irfan sudah 'dimiliki' wanita lain.


...bersambung.

"علمه البيان"

ع) - سورة الرحمن) 

"Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan."

Rabu, 7 Disember 2011

menanti jam 6!

--- monolog ke-II ---


Pedoman.


Roda waktu...tak pernah menunggu
Pergi...terus berlalu
Segala dosa, segala belenggu...
Sesal menikam jiwaku hiba...terasa...kebesaranMu,
lantas kutadah berdoa...


"Tuhan berikan pedoman, tunjukkan aku arah, jalan yang Kau redhai
Tuhan berikan pedoman, dan bilaku menjauh...kembali ke pangkal jalan."


Cahaya rahmatMu...menyinar bahagia
Syukur...hatiku rasa
Bergetar tubuh...kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih...Maha Penyayang
kurniaanMu...lantas ku sujud bersyukur.

"Tuhan berikan pedoman, tunjukkan aku arah, jalan yang Kau redhai
Tuhan berikan pedoman, dan bilaku menjauh...kembali ke pangkal jalan."

Biar pedoman ini...berkekalan dihati...SELAMANYA!

Selasa, 6 Disember 2011

24 November 2011
  
Selamatlah walimah Nor Hazrul & Ainul Wirdah
"SELAMAT PENGANTIN BARU! Anak buah.

Masjid Ismaili, Tumpat.
Dewan Mara, Kota Bharu.

Alhamdulillah!

" BarakAllahu lakuma wa barakah 'alaykuma wa jama'ah bainakuma fi l-khayr. Ameen."

Isnin, 5 Disember 2011


Sejak tahu
bukan nama ini yang ada dalam fikirmu

Sejak tahu
bukan jiwa ini yang ada dalam rencana masa depanmu

Sejak tahu
jiwa ini bukan sesiapapun bagimu.

Duhai hati...duhai perasaan
mendiamlah.



"Semoga harapan padaMu tidak tergugah!
Ameen."

Sabtu, 3 Disember 2011




" Ya Allah, rahmatMu lah yang aku pohon, yang aku harap
Jangan Kau serahkan diriku kepadaku walau sekelip mata
Baikilah urusanku keseluruhannya
Tidak ada Illah selain Engkau. Ameen Ya Allah."


9 Muharam 1433 H