Ahad, 18 Mac 2012


Ahad, Isnin, Selasa, Rabu..dan beberapa hari seterusnya tanpa kata. Sabtu lepas buat minor surgery. Bleeding, bengkak dan sakit2. Sementara tunggu sembuh total, Nabilah hanya dibenar untuk makan soft food. dan semestinya sejuk! Dan setiap hari perut hanya dapat alas dengan Bubur Ayam, Yogurt, Taufu fa & Ice Cream Walls 3 rasa. Tahu perut tak kan dapat tahan hanya dengan hidangan seringan itu, sebab akan gastric. Moga2 luka dalaman cepat sembuh dan Nabilah boleh kembali merawat isi perut yang perlu 'dipuasakan' =P

Ya Allah, segerakanlah kesembuhan Nabilah. Nabilah nak cepat sembuh. Nabilah nak banyak berkata2 dari diam time halaqah nanti. Nabilah nak buat benda tu lagi. Izinkan Nabilah Ya Allah. Ameen *hoping plus wiping tears*

Jumaat, 16 Mac 2012

Rabu, 14 Mac 2012

Diam bukan kerana bisu.

Alhamdulillah. Seharian mendukung amanah pendidik membuatkan saya lebih mengerti erti berharga ilmu, bahkan berharganya masa itu ibarat emas yang dibilang orang. Sehari berlalu dalam nada yang sepi. Sungguh, betapa banyak kemusykilan untuk dirungkai bersamanya, seperti sebelumnya. Namun hati enggan membenarkan. Aneh sungguh perasaan ini. Betapa saya menahan segala keinginan dan perasaan, semakin rindu! Barangkali ini ujian untuk hati benar-benar melupakan.

Beberapa hari kebelakangan ini, kerapkali saya memikirkan. Apa saya harus berhenti dari musafir ini? Nabilah tidak akan mengalah semudah itu! Diam ini sungguh mengandung perasaan yang tidak mampu dibendung bersama tangisan rindu yang bakal Nabilah lewati untuk 3 tahun mendatang. Nabilah tidak mahu jadi orang yang tewas. Bantu Nabilah Ya Allah :'(

{Keep moving...}

Mengingati ummi dan saat2 indah bersama beliau. Ini ubat hari Nabilah kala ini.

Isnin, 12 Mac 2012

Baja Kehidupan.

Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai (ditanam). Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. Ia akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. - Al Syeikh Mustafa Masyur 

Demikianlah manusia. Sesungguhnya hanya iman itu yang membuahkan rohani yang sihat sesihatnya. 




Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

Ahad, 11 Mac 2012


"Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah...Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan), Maha Terpuji." - QS Fatir : Ayat 15.

"Saya mahu menanam keyakinan sungguh-sungguh bahawa Allah akan makbulkan doa dan keinginan saya. Semoga Allah izin untuk saya membina kebahagiaan seperti yang lain. Semoga Allah tidak buat saya lelah dalam penantian. Semoga dalam penantian, Allah ajar saya erti kasih sayang sebenar, erti kerja dan tindakan cinta sebenar. Sungguh aku lemah! Aku memerlukanMu Ya Allah. Ameen."

[Road to 2015. With du'a and hope]

'Fashbir sabraan jameela.'

Dan tadbir itu bukan takdir. Nabilah jangan putus asa untuk tetap doa. Terus dan terus berdoa, okay! :)

(Macam tak related je dgn cerita Nabilah. Tak kisahla. Yang penting, video sangat mahal dgn nilai tersendiri. Nabilah sukakannya!

(Sangat mengharapkan Allah izin untuk Nabilah bawa doa kami di sana nanti. Izinkan Ya Allah. Ameen.)