Isnin, 25 Julai 2011

Rindu Kasturi Syurga..

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah Rabb l-Alamin. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah SAW, keluarga, para sahabat Baginda...juga kekasih-kekasih Baginda. Juga pendamba kekasihnya Rasullullah SAW. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmatNya yang mencurah. Ameen.


"Bau syurga menusuk. Kenapa dia tidak merasakannya? Ya Allah. MaghfirahMu. RahmatMu. Izinkan ke atas kami. Ameen Ya Rabb l-Alameen."

Harinya akan tiba
Cepat atau lambat
Rahsia-rahsia Allah
Tanpa putus doa abdi.


Tempatnya sudah tersedia
Abdi terpilih 
Terpilihkan yang disini?
Lalu syarat apakah yang bisa
buat abdi ini terpilih.


Segar nafas
Bugar udara
Abdi hirup
dalam-dalam
perlahan-lahan.


Tidak tercium
Jauh sekali jaraknya
Allah! Apakah kerna khilaf
yang semakin merimbun?
Allah!
Musibah...
Musibah!


Cuba bertenang
Waktu yang terlewat diperhatikan
Munajat
Minta diampun
Terampun...dengan izinNya


Alhamdulillah
Terbayang keghaiban
Baunya 
Kasturi harum
Ku cium
SubhanAllah.


"Di sana!
Di sana syurga!
Ayo! Kita  ke sana."
Lengan teman-temannya ditarik.


Selangkah.
Dua langkah.'
Tersekat lagi.


"Ya Allah! 
Ampuni kami. 
Kami mahu ke sana."
Sambil kakinya bentak-bentak
Seperti anak kecil.


-Raudhah Sakinah-
harum Ramadhan beberapa detik lagi makin menusik. Balighna fi Ramadhan, ya Allah.


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi Rabba l-Alamin. Assholatu wassalamu 'ala Rasulillah. 

"Tuhan, beratnya beban ini. Tak daya kupikul sendiri. Ampunilah. Hulurkan maghfirahMu. Selimuti aku dengan rahmatMu. Amiin."

Sebelum mata terlena
di buaian malam gelita
tafakur ku di pembaringan
mengenangkan nasib diri
yang kerdil...lemah dan bersalut dosa
mampukah ku mengharungi titian sirat nanti?
membawa dosa yang menggunung tinggi
terkapai ku mencari limapahan hidayahMu
agar terlerai kesangsian hati ini
sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini


Sebelum mata terlena
dengarlah rintihan hati ini
Tuhan...beratnya dosaku
tak daya ku pikul sendiri
hanyalah rahmat dan kasih sayangMu
yang dapat meringankan
hulurkan maghfirahMu
andainya esok bukan milikku lagi
dan mata ku xpasti akan terbuka lagi 


Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
lepaskan beban ini yang mencengkam jiwa dan dadaku
selimuti diriku dengan sutera kasih sayangMu
agar lena nanti....kumimipi kan syurga yang indah
abadi.


Pabila ku terjaga
dapat lagi kurasai
betapa harumnya wangian syurga Firdausi
ohh Ilahi


Di sepertiga malam
sujudku menghambakan diri
akan kuteruskan pengabdianku padaMu.


Sebelum mata terlena.


-Raudhah Sakinah-
beberapa waktu sebelum Ramadhan 1432 H.

Selasa, 19 Julai 2011

Ukuran Cinta. Dimanakah kita?

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahi Rabb l-Amin. Selawat dan salam ke atas Baginda Muhammad SAW, ahli keluarganya, para sahabat serta kecintaan-kecintaan Baginda SAW.

Ukuran cinta. Dimanakah kita? Lebih tepat, dimanakah saya?

Hati. Semuanya bermula dari sini. Dari hati. Dan bilamana ada hati, di situ kan bergantung segala macam bentuk perasaan, bahkan rasa cinta. Cinta itu fitrah. Citrah itu wajar. Semua orang mahu mencintai. Semuanya juga mahu dicintai.

Cinta - mengandung kebahagiaan. Saya mempunyai pengalaman bersama adik-adik, hatta sahabat-sahabat saya sendiri. Mereka sependapat mengatakan bahawa cinta itu bisa membuat hidup lebih bermakna. Reputasi akademik jadi lebih sukses. Hidup terasa lebih bersemangat untuk dijalani. Saya akui. Kalau kuasa cinta itu ternyata sangat hebat. Perihal cinta sesama makhluk. Makhluk yang lain termotivasi, lalu membuahkan kesuksesan demi kesuksesan dalam hidup. 

Lalu bagaimana perihal keimanan? Apa hubungnya dengan cinta? Justeru firman Allah mengungkap :

"...sedang orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah."

(QS Al-Baqarah : 165)

Kalau cinta sesama makhluk itu bisa membuahkan kesuksesan hidup. Lalu apa jawapannya andai cinta makhluk itu dipersembah buat al-Khaliq? Buat pemilik sebenar cinta? Buat 'sang membuahkan rasa cinta' dalam hati manusia? SubhanAllah. Begitu manusia berdialog membutuhkan jawapan, lalu Allah SWT menjawab langsung dalam firmanNya (seperti yang tertera di atas). SubhanAllah. Alangkah beruntung bagi mereka yang memiliki cinta Allah. Betapa tidak? Bukan sahaja hidup sukses, bahkan keimanan...bisa bertambah bukan? SubhanAllah. Sebagai mukmin, pastinya mahu reputasi iman itu jadi makin meningkat. 

'sedang keimanan itu milik mereka yang mendahulukan cinta kepada Kekasihnya'

Lalu dimana kita? Bagaimana hati kita menjaga radar cinta? Saya tidak menegah bercinta. Kerna itu fitrah. Bagaimana hebat kalian antara makhluk saling mencintai, jangan pernah meletakkan pemilik sebenar-benar cinta disisi. Bukan selayaknya dihati. Kerna tanpa izinNya, nescaya kamu tidak akan menikmati rasa cinta itu. Justeru, bersyukur. Dan pelihara kemurniaan cinta. Pelihara kesucian cinta. Kalau ditanya untuk apa? Cukup saya menjawab, redha Allah itu bersama pencinta-pencinta yang mendahulukan cintaNya. Yang bersegera kepadaNya.

Syaikh Ibn 'Atha'illah as-Sakandari, dalam kitabnya Al-Hikam : Petuah-petuah Agung mengatakan :

"Seorang pencinta bukanlah orang yang mengharapkan imbalan dari orang yang dicintainya, atau menuntut sesuatu dari kekasihnya, atau menuntut sesuatu dari kekasihnya itu. Tapi sejatinya, pencinta adalah orang yang bermurah hati memberi pada kekasihnya, bukan malah memperoleh sesuatu darinya."

Dengan maksud yang difahami : Seorang hamba yang mencintai Allah Ta'ala tidak akan menuntut dariNya, kecuali perasaan cinta yang serupa. Dan akan mempersembahkan yang terbaik dari amalnya untuk Zat yang ia cintai itu.

SubhanAllah. Duhai makhluk yang bernama manusia, tidakkah kita berfikir? Tidakkah kita perhatikan? Dalam seluruh kehidupan kita ini, seluruhnya pemberian dari siapa kalau bukan dari Dia yang mencintai kita? Saat kita memerlukan, Dia segera memberikan. Dia segera mencukupi keperluan, kebutuhan kita. Bukankah itu simbol cinta? SubhanAllah. Sehingga akhir hayat, kita terus menerima dari Dia. Tanpa lelah Dia memberi. Kerna cuma satu...kerna kecintaan Dia yang mendalam buat kita. Lalu, bagaimana kita membalasnya? Bagaimana kita hargai cinta Dia? SubhanAllah. Koreksi diri. Dimanakah ukuran cinta kita.

'pemberian itu lambang cinta Dia. tidakkah kita berfikir?'

Allahu'alam.
18 Syaaban 1432 H
Darul Hidayah.

Isnin, 18 Julai 2011

menjadi seperti kupu-kupu di ambang Ramadhan.

Bismillah.


Orang yang bertaqwa bukanlah orang yang tidak pernah salah,
Orang yang beriman bukanlah orang yang tidak berdosa.

'Setiap bani Adam, pasti bersalah. Pasti berdosa. Dan sebaik-baik yang pasti bersalah, pasti berdosa ialah...at-tawwabun (yang bertaubat)'

'Mereka yang bertaubat, mereka yang diampuni oleh Allah...akan dimuliakan oleh Allah'




Lihat! Kupu-kupu. Asalnya, ulat bukan? Jijik! Takut kita dengan ulat. Kemudian ulat itu jadi kepompong. Berpuasa dia. Bertaubat dia. Kemudian, jadilah kupu-kupu yang menyenangkan. 



SubhanAllah wa l-alhamdulillah, wa la ilahaila l-Lah...Allahu Akbar!

Demikianlah Allah memuliakan hambaNya yang bertaubat,
Tadinya hina menjadi mulia
Tadinya kotor menjadi bersih
Inilah....

'Mereka yang bertaubat, kemudian mereka yang beriman, kemudian mereka yang sungguh-sungguh beramal soleh' laksana kupu-kupu yang bertaubat, menyenangkan.

Terbang tinggi ke langit mendekat kepada Allah.




17 Syaaban 1432 H
Hulu Langat.

Ahad, 17 Julai 2011

Daripada Imam Busairi radhiyallahu anha.


Bismillahirrahmanirrahim.

Wahai tuhanku, curahkanlah selalu selawat dan salam 
kepada kekasihMu,
Muhammad sebaik-baik makhluk keseluruhannya



Kenapakah kedua matamu tetap mencucurkan air mata,
walaupun telah engkau katakan :
"tahanlah, jangan menangis."

Dan mengapa hatimu tetap resah dan gelisah 
padahal telah engkau katakan kepadanya :
""Tenanglah, jangan gelisah."

Apakah orang yang dimabuk cinta menyangka,
bahawa cinta kasih dapat disembunyikan di sebalik
cucuran air mata dan kegelisahan jiwa?

Jikalau tidak kerana dalamnya cinta,
tidaklah akan bercucuran air mata 
di atas kesan-kesan kampung kekasih

Maka bagaimanakah hendak disembunyikan cinta kasih ini?

Wahai orang yang mencelaku tentang cintaku.
Sepatutnya orang yang dimabuk cinta itu dimaafkan sahaja atas keterlanjurannya,
Andai engkau sedar derita orang yang bercinta, sudah pasti engkau tidak akan mencelanya.

16 Syaaban 1432 H
Hulu Langat.

25 Julai yang dinanti
murabbi dari Indonesia.

'izinkan kami bertemunya, ya Allah'
izinkan Taman Raudhah bertemunya. 
ameen.

15 Syaaban 1432 H
Kuala Lumpur.

Sabtu, 16 Julai 2011

halaman terakhir.

Bismillah.
Puji-puji membesarkanMu Allah. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.


bermula - Jun 2011. (pertengahan kot) =)

"Wahai kekasihku, maafkan aku. 
Maafkan kebodohanku. Aku menyesal telah mengkhianatiMu.
Tangan, kaki, lidah, hati dan pikiranku tak layak memiliki cinta-Mu.
Tapi, bukankah karena cintaMu juga kebodohan ini kutanggung 
sedemikian rupa?

berakhir - Julai 2011. 
(beberapa halaman lagi kot. tapi dah tahu endingnya macam mana) =)

suka untuk saya ungkapkan ini. "TAMAT'. jalan cerita yang tidak mengecewakan. 
kisah seorang sufi dalam sepi mencari TuhanNya.

-wardatulHikmah-
15 Syaaban 1432 H
Bkt. Angkasa. Kuala Lumpur.

الحمدلله

semalam yang saya tinggalkan.

Bismillah.
Alhamdulillah. Sehingga saat ini, nafasMu yang dipinjam bisa meneruskan derap perjuangan. Mudah-mudahan bisa terus istiqamah melewati lorong hidayah. Cahaya di atas cahaya. Petunjuk di atas petunjuk. SubhanAllah.


Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah SAW, keluarga juga para sahabat2 yang hidup lewat persekitaran Baginda Rasulullah SAW.





antara semalam dan hari ini.


Julai 2009.
sehingga,





Februari 2011.

dan saat ini.
antara dua insan, yang mengalir hanyalah satu ikatan, yang tidak ada istimewanya. tidak ada lebihnya. menata hubungan pada yang biasanya. dan di situ kutemukan kebaikan di atas kebaikan. kebahagiaan di atas kebahagiaan yang lainnya. 

tersingkap. namun, apa benar kalau saya lupa pada RahsiaNya tuhan? kerna masih ada rahsia yang mendiam tersembunyi. justeru tidak ada yang lulus mengetahuinya. melainkan semua pengetahuan itu milikNya Allah. manusia mana yg bisa menembusi? makhluk mana? tidak ada! dan diamkan rasa-rasa. kerna rahsia yang satu ini, masih belum tersingkap. Allah penyelamat. Dialah pelindung sebaik-baiknya. sebaik-baik yang menjaga rahsia.

Alhamdulillah. Membilang-bilang nikmatNya. Isi dunia terasa mengerdil saat hidup dipersembahkan benar-benar buatNya. Melewati malam Nisfu Sya'ban 1432 H. kita bergabung rembulan yang sama. serulah diri. seruan memenangkan jihad tanpa henti. jihad di atas jihad.

malaikat yang mencatat. satu catatan. dua catatan. tiga catatan dan seterusnya. sehingga terbuka dalam amalan. selamat sudah ke sana. dan menatalah hari ini dengan lembaran-lembaran baru.

bersegera.
masih ada waktu yang tersisa.

'rahsia itu hanya Kau yang Maha Tahu.'

dalam pengabdian.


-wardatulHikmah-
15 Sya'ban 1432 H
Bkt. Angkasa, Kuala Lumpurr.

Jumaat, 15 Julai 2011

pesan Syaikh Ibn 'Atha'illah as-Sakandari.

Bismillah.

"Tidak ada sesuatu yang menyeretmu seperti angan-angan."

'berhati-hatilah dengan angan-angan.'

"Engkau merdeka dari segala yang engkau berlepas diri darinya, dan engkau adalah budak dari segala sesuatu yang engkau tamak terhadapnya."
'jangan gantungkan harapanmu kepada sesuatu yang tidak sepantasnya dijadikan sebagai tempat bergantung'

Kitab Al-Hikam: Petuah-petuah Agung.

-wardatulHikmah-
14 Syaaban 1432 H
Bkt. Angkasa. Kuala Lumpur.

Khamis, 14 Julai 2011

barakah Jumaah ^_^

Bismillah.
di bawah mendung hujan yang membasah. 
dari tabir jendela.


barakah Jumaah. hidupku dengan nafasMu Allah. Jumaah, sudah ribuan hari Jumaah kulewati. sehingga hari ini. hujan, tiba-tiba. Alhamdulillah, dalam bugar iman yang tenggelam dalam Ilahiyyah, ketauhidan sejati kepadaMu. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasullah SAW, seluruh keluarga juga para sahabat, kecintaan-kecintaan Baginda.


Berpagi-pagi. Usai Subuh, saya bersegera menyediakan sarapan buat ahlul Raudhah Sakinah. Alhamdulillah, yang sekadarnya sahaja, cuma Nasi Goreng Kampung, dan keropok keping. Dan tidak lupa, potongan orange! Alhamdulillah syukur di atas rezeki.


Sarapan dihidang. Ahli rumah saya panggil satu persatu. Shahirah, yang mesra saya panggil adik sahaja. Norli. Hanya kami bertiga. Masih ada satu, Syaima'. Namun dia menolak untuk sarapan bersama. Masih ada hal yang perlu dia segerakan. Okay. Kami makan dulu =)


Norlida, sahabat saya berkongsi. Kalau dia mahu pulang lagi ke kampung. Bapa saudaranya meninggal dunia tadi pagi. Waktu Subuh. SubhanAllah. 'Syahid' dalam barakah Jumaah. Siapa yang tidak mahu? Justeru lama saya menyimpan hasrat biar hayat akhir saya dalam kemuliaan Jumaah. Namun, itu cuma hasrat. Kerna soal itu, justeru Allah lebih berhak ke atas saya. Hanya yang penting, sentiasa meminta-minta biar penghujungnya dengan husnul khatimah. Insya Allah, mudah2an bisalah berbuat, beramal sesuai dengan doa. Dan moga akhirnya hayat menjadi satu keringanan buat ramai orang menguruskan jenazah saya. Ameen...ameen. 


Sungguh mendalami keinsafan. Soal kematian, benar-benar rahsiaNya. Tidak ada yang bisa 'menebak' kapan hari akhirnya. Buat diri saya, yang seringkali alpa. Benar-benar saya ingatkan diri, bahawa mati itu hal yang pasti. Dalam minit-minit yang saya lalui, cukupkah amalan sebagai jaminan di sana? Allahu Rabbi. Saya akur. Begitu banyak kelompangannya. Semakin saya dewasa, semakin saya berdosa. Sungguh, saat memikirkan QaharNya Allah, rasa gerun. Kerna takut teramat pada seksa. Namun, demi rahmatMu yang begitu meluas, putus asa dalam taubat segera terpelihara. Allah.


Pesanan ini khusus untuk diri saya. Yang sering-sering leka. 'Usah ditagih pengakhiran yang baik, andai usia tidak dimanfaat dengan sehabis baik. Ikhlas, semoga Allah bisa memelihara, dijaga baik dalam hati setiap hamba.'


Lewat pesan Syaikh Ibn 'Atha'illah as-Sakandari dalam Kitab Al-Hikam;


احالتك الاعال على وجود الفراغ من رعونات النفس
'ihaalatuka l-a'maala 'ala wujudi l-faraaghi min ru'uunaati l-nnafsi'

"Menunda beramal saleh guna menantikan kesempatan yang lebih luang, termasuk tanda kebodohan jiwa."

'penundaan itu apakah kerna urusan dunia lebih diutamakan? sehingga lupa ajal (kematian) yang bisa datang menjemput setiap saat. dan kerna itu bisa mengakibatkan lemahnya niat serta berubah tujuan (orientasi) amal itu'

lalu, bersegeralah! dalam beramal, semoga keikhlasan yang mendiam terpelihara.


تنوعت أجناس الاعمال لتنوع واردات الاحوال٠ الاعمال صور قائمة واروحها وجود سر الاخلاص فيها
'tanawwa'at ajnaasu l-a'mali litanawwu'i waaridaati l-ahwaali. ala'maalu suwarun qaaimatun waarwaahuha wujuudu sirra l-ikhlaasi fiihaa'

"Amal itu beragam, lantaran beragamnya keadaan yang menyelinap ke dalam hati (jiwa). Amal itu merupakan kerangka yang tetap (mati, tidak bergerak), dan ruhnya ialah keikhlasan yang ada (melekat) padanya."

'keihlasan dalam beramal adalah semata ditujukan kepada Allah sebagai zat yang memiliki sang hamba'

Allahu'alam.
-wardatulHikmah-
14 Syaaban 1432 H
Bkt. Angkasa. KL.
(sambil menghayati titik hujan, menghirup aroma baunya. segar. SubhanAllah. Alhamdulillah)
Bismillah.
Alhamdulillah syukur di atas segala nikmat. Setinggi lafaz puji dan syukur padaMu Ilahi Rabbi yang berkuasa menghidupkan, lalu mematikan, lalu kami dihidupkan kembali di alam yang lain. PadaMu Allah, sekalian makhluk bergantung. Engkau yang tiada duanya, tiada tiganya. Tetap Engkau Yang Esa. Allah Yang Satu.


Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah SAW, seluruh keluarga dan para sahabat Baginda. Juga kecintaan-kecintaan Baginda.


puisi untuk ayah.

saat kerinduan bertamu
pada redup pandang wajahmu
pada keringat letih 
yang tidak pernah menemukan ayah pada erti penat
demi ummi, demi kami anak-anakmu
tanpa lelah
tanpa keluh, apa lagi kesah
ayah tenang, sentiasa tenang
diammu adalah zikir
bicaramu tegas, kerna cintamu pada kami kerana Rabbul Jalal
kerna ayah mahu kami benar-benar kembali pada Ilahi.

puisi ini untuh ayah.
yang saya rindu saat bertemu
mulus pandang wajah ayah yang tampak letih
namun keluhan itu...
tidak pernah ada.
betapa hebat ayah. mana dirimu campakkah keletihan itu?
sehingga tidak langsung memberi ruang untuk merawat dirimu sendiri,
kerna keutamaan bagimu, hanyalah kejayaan, kebahagiaan kami,
anak-anak ayah.



puisi ini untuk ayah.
sungguh saya rindu.
teringat saat akhir berpisah,
tangan ayah saya capai, saya genggam...kuat.
saya rapatkan wajah sehingga bersentuhan dengan tangannya yang galak menampakkan urat-urat kasar, justeru itu bukti...terus-terusan ayah memerah keringat buat saya...
demi ummi, demi kita.

puisi ini untuk ayah.
saya rindu untuk kembali mengucup dahi ayah
yang semakin bertambah jalur kerutnya.
Allah. sungguh tenang dalam dakapan ayah.
sungguh-sungguh tenang.

puisi ini untuk ayah,
saat saya 'jatuh', ayah pertama-tamanya menghulurkan tangannya kepada saya.
dan suri ayah, ummi...bersama menjadi 'penyelamat'
membuka hati, mengajar erti kembali kepada Ilahi Rabbul Jalal
disitu saya temukan ketenangan
saya temukan kekuatan.




ayah,
pernah suatu ketika, saya merasakan ayah berlaku tidak adil pada saya. saya merasakan kasih sayangmu itu sangat sedikit diberi kepada saya. saya rasa terpinggir. lama saya mendiam. muhasabah kembali. astaghfirullah al-adzim. zalimnya saya. justeru sayalah antara yang sering mendapat perhatian ayah. aneh! nafsu seakan berjaya mengheret, agar saya lebih tamak. biar merasa tidak cukup dengan kasih sayang ayah. maafkan saya. maafkan kak ti, ayah. sungguh saya khilaf. kerna tenggelam dalam hinanya hamba yang tidak tahu rasa syukur. ya Allah, pulihkan perasaan ini.


ayah,
saat ini. saya sangat rindu pada wajahmu. sangat rindu mendengarkan bicaramu. andai sahaja ayah bisa mengerti, saya sungguh-sungguh mahu kembali ke sana. namun masih belum bisa. saya butuh waktu. sungguh dalam gelut perjuangan, hati makin ketagih pada kasih sayangmu.


ayah,
saat berjauhan. sering khuatir pada kondisimu. selamatkah dirimu di sana? amankah kamu di sana? saya mahu menjagamu. merawatmu. dan itulah satu-satu kebahagiaan saya. saya seperti tidak sabar menanti saat itu. ya Allah, tenteramkan hati...damaikan jiwa dalam penantian. dalam rindu yang semakin berkeluh kesah. padaMu Allah, pelihara ayah, pelihara suri hati ayah, ummi kami dalam jagaMu. ameen ya Rabb.


Allah,
dengarkan saya. ubati kerinduan saya. kasihi mereka, seperti mereka yang telah berbuat pada kami sewaktu kecil. terima amal mereka. dengarkan doa mereka, yang tidak pernah lelah mendoakan keberhasilan kami, anak-anak. dengarkan saya, Allah. izinkan saya membahagiakan mereka. izinkan. biar mereka tidak lelah lagi. biar mereka bisa istirehat dalam amal di penghujung usia. izinkan. ya Allah, ampunkan ayah andai tanpa sedar dia berbuat khilaf mendidik kami, anak-anak. haramkan api neraka ke atas batang tubuhnya. ke atas batang tubuh suri hatinya, ummi. masukkan mereka ke syurgaMu yang mulia dengan kerahmatan dan kasih sayangMu, yang melimpah-limpah. bajai cinta mereka. hingga ke syurgaMu.


'ayah, saya merinduimu, juga surimu, ummi. ayah saya mencintaimu. juga surimu, ummi. nantikan saya di batas waktu. berjuang dalam kemelut perjuangan. semoga nantinya ada hari yang bisa mengumpulkan kita kembali. jadi satu. sentiasa dalam doa. saya rindukan saat itu, yang entah kapan bisa terjadi. moga-moga tidak lama lagi. rindu. serius. pelihara kerinduan ini ya Allah, agar Engkau meredhai kami semua. berkati kami ya Allah. ampunkan kami. mekarkan kasih sayang kami.'


akhir qalam, ini buat ayah...


-wardatulhikmah-
14 Syaaban 1432 H
Bkt. Angkasa. KL.

Rabu, 13 Julai 2011

Munajatnya di akhir Al-Hikam.

Bismillah.


Akulah faqir dalam kecukupanku
Bagaimana aku tidak faqir dalam kefaqiranku?

Ilahi,
Akulah si bodoh dalam pengetahuanku
Bagaimana aku tidak bodoh dalam kebodohanku?

Ilahi,
Ragam aturanMu di semesta ini
Dan kecepatan manifest ketentuan-ketentuanMu
Telah mencegah hamba-hambaMu yang mengenalMu
Dan tiada harapan dariMu dalam cobaan (kecuali padaMu)

Ilahi,
Dariku layaklah dengan cacian
DariMu layaklah dengan pujaan

Ilahi,
Engkau sifati diriMu dengan kelemahlembutan padaku
Sebelum adanya kelemahanku
Apakah Engkau tegar menghalangi lemah lembutMu
Setelah adanya kelemahanKu

Ilahi
Jika yang tampak kebajikan padaku itu
Sungguh itulah anugerahMu padaku
Jika yang tampak itu keburukanku
Sungguh, itulah keadilanMu, dan 
HakMulah berhujah padaku

Ilahi
Bagaimana Engkau serahkan itu padaku
Sedangkan diriku telah memasrahkan diri padaMu
Bagaimana jua aku mengurangi hakku
Sedang diriMu yang menolongku
Bagaimana aku tak beruntung
Sedang Engkaulah yang menyayangiku
Inilah aku, tawassul padaMu
Dengan kefaqiranku disisiMu
Kefaqiran yang menunjukkan padaMu
Dan menyambungkan hubungan disisiMu.

Bagaimana mungkin aku bertawassul padaMu
Dengan kemustahilan-kemustahilan untuk bersambung denganMu?
Bagaimana jua aku mengeluh padaMu tentang derita
Sedangkan tak samar sedikit pun dari pandanganMu
Bagaimana aku urai dengan kata-kataku padaMu
Sedang kata itu dariMu dan menuju kepadaMu?
Bagaimana aku gagal menempuh cita-citaku
Sedang aku telah menebusnya bagiMu
Bagaimana ahwal ruhaniku tak elok
Padahal bersamaMu tegak berdiri Menuju kepadaMu?

-Syaikh Ibn 'Atha'illah as-Sakandari.

الفكرة سيرالقلب فى ميادين الاغيار
'al-fikratu sairu l-qalbi fi mayaadiini l-aghyaar'

'Fikir itu merupakan perjalanan hati dalam alam ciptaan Allah. 
Fikir itu lentera hati.
Bila fikir itu padam, maka tak ada lagi cahaya di hati'

-dari Kitab Al-Hikam : Petuah-petuah Agung Sang Guru.
2008.

disampaikan oleh ;
-wardatulhikmah-
13 Syaaban 1432 H
Bkt. Angkasa. KL.

catatan hari ini, esok dan akan datang.

Bismillah.
Di bawah panji menegakkan kalimat tauhid. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah SAW, keluarga, para sahabat, juga kekasih2 yang dicintai Baginda.


Alhamdulillah. Seiring waktu yang berputar, begitulah juga hidup ini semakin memutar di atas pentasnya sendiri. Dan, di antara kehidupan di dunia...lalu diberi pilihan oleh Allah untuk matang memilih yang mana. Jalan yang dilalui banyak orang? Atau laluan yang sikit orangnya? Insya Allah. Mudah-mudahan dalam usaha, saya terpilih memasuki golongan yang sedikit.


Alhamdulillah syukur. Persoalan demi persoalan semakin terungkai. Taman Raudhah membuka laluan yang semakin cerah. Dan sebenarnya 'pencerahan' itu kerana Allah. Bukan kerana Taman Raudhah. SubhanAllah. Dalam diam saya pendam, Allah semakin menjawab. Begitu nikmat perasaaan ini. Bahagia. Serius. Hari ini saya menemukan 'ikhlas', saya menemukan 'zakat', saya menemukan lebih banyak lagi! Alhamdulillah syukur.


Benar. Ikhlas itu sukar untuk saya pupuk. Sangat sukar. Kerana tanpanya, sungguh penghambaan itu jadi tidak tulus. Syaikh Ibn 'Atha'illah as-Sakandari mengarang dalam bukunya, Kitab Al-Hikam : Petuah-Petuah Agung Sang Cinta, beliau menyatakan dari satu hal pengabdian seorang hamba kepada Illahi. Menurutnya,


"Keinginan agar orang lain mengetahui keistimewaan yang ada dalam dirimu adalah bukti dari 
ketidaktulusan penghambaanmu."

Sunguh dalam menata waktu,  berbuatlah sesuai keredhaanNya. Kerna saat kurnia Allah dimanfaatkan manusia untuk meraih puja-puji dari sesamanya (manusia), pada hakikatnya cahaya Ilahiyyah belum masuk ke dalam relung hatinya. Sehingga ikhlas itu tersekat untuk dinikmati.

Begitulah. Hari ini, besok dan seterusnya. Ingin aku fahami agar kumampu ikhlas. Serius. 

Insya Allah, dalam perancangan Taman Raudhah akan bertambah meriah dengan unjuran aktivitas rehlah. Beberapa hal yang perlu saya ambil perhatian :

- tarikh 17.07 : Potluck Play di Taman Layang-layang, Kepong.
- tarikh 31.07 : MESRA '11 (program medan) - semarak Ramadhan ^_^
- 2 minggu dari sekarang (tarikh belum tetap) : cycling dan MABIT* insya Allah di Bkt. Cerakah*

Alhamdulillah. Mudah-mudahan semua aktivitas sudah disenaraikan semuanya. Tinggal lagi perlaksanaannya. Sungguh tujuan Allah Ghayatuna, Ar-Rasul Qudwatuna...bisa tercapai. Ameen ya Rabb.

'Inginku fahami agar kumampu ikhlas.'
mohon petunjukMu ya Allah dalam setiap langkahku.

-wardatulHikmah-
13 Syaaban 1432 H
Bkt. Angkasa, KL.

Selasa, 12 Julai 2011

'ikhlas'.

keringnya titis air mata.

Bismillah.
Tertancap aku pada kalimat tauhidMu Allah. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah SAW, keluarga juga para sahabat.


Lama abdi tidak bersimpuh
mengadu domba
memohon keampunan
demi sebuah keinsafan.

Lama abdi berjalan
semakin laju meninggalkan
makin jauh ditinggalkan
redha Tuhan.

Abdi ini makin angkuh dalam kesombongan
Makin riak dalam kian kefakiran
Allahu Allah.
terkenang.
titik hitam makin menghijab hati.
jangan ya Allah.

mungkinkah esok harinya?
Allah.

jangan lagi.
abdi mahu terus bersimpuh
dalam kehinaan
dalam kefakiran
dalam tiada upaya
mengharapa ampunanMu

basah hijab putih,
dalam membina seribu kesalan
keinsafan.
abdi rindu ya Allah.
perkenan...
abdi dalam fakir bersimpuh.
mahu diampunkan.


'basahi redup mataku'

-abdi yang makin faqir-
12 Syaaban
Bkt. Angkasa, Kuala Lumpur.


jangan diriku ditinggalkan. walau sesaat cuma.

ku susuri malam ini
yang tidak berbintang, sunyi sepi
juga rembulan telah menghilang
dalam kelam, ku sendiri

kekasih, ku di jalanan yang berliku
di saat ku perlukanMu
tertutup jua segala terhadapku
disini...ku tersedu-sedu

setelah 'cinta' pergi
ku mengusung duka ini
diiringi...taubat yang tidak pernah letih



sungguh. tiada yang sia-sia mencintaiMu
setia padaMu
percayakanMu

segar imanku
mekar jasadku dalam keimanan
terubat luka jiwaku, saat rindu Kau penuhi
tiada lagi hati yang dihiris pilu


beribu sesalanku.
Kau begitu sudi memaafkan...aku.

-abdi dalam faqir-
12 Syaaban 1432 H
Bkt. Angkasa, Kuala Lumpur.


Ahad, 10 Julai 2011

Sabtu, 9 Julai 2011

Ayub.

Bismillah.
Alhamdulillah. Menegakkan kalimat tauhid. Berselawat ke atas Rasulullah SAW, keluarga juga para sahabat. Penuh seluruh. Selawat dan salam ke atas sekalian umat mulia.


Ayub.
Ayub a.s.
sabar di atas sabar.
tabah di atas ketabahannya.
di uji Allah dengan hanya sanya demi melemahkan iman. 
betapa hebat! imanmu tidak goyah. apalagi tergugah.


Ayub a.s.
dikurangi Allah akan rezekimu yang melimpah
'direbut' kembali zuriat-zuriatmu kembali kepada Tuhan. pada Allah Yang Satu
'dicopot' nikmatnya sihat dari batang tubuhmu yang bugar segar.
lalu dikau melewati 7 tahun yang menyeksa...


subhanAllah
Maha Suci Allah.
mendiam kau dalam derita.
duhai seorang abdi 'bernama' nabi.
betapa hebat! imanmu tidak carik. bahkan, teguh makin ampuh.
mendiam dalam derita...


subhanAllah.
Ayub. dikau abdi yang sungguh-sungguh sabar.
sabar di atas sabar.
tabah di atas ketabahan.


Ayub. abdi yang setia dalam sabar.
subhanAllah. nabiMu Allah.
luar biasa, tidak terkalahkan.


Ilahi Rabbi,
sungguhpun aku malu mengakui...
'aku mahu sepertinya.'
sabar di atas sabar.


-nurnurullah-
9 Syaaban 1432 H
umkl.

Khamis, 7 Julai 2011

hujan. saya mahu bersahabat denganmu.

Bismillah.
Dengan kalimat tauhid, selawat dan salam ke atas rasul, keluarga juga para sahabat.


hujan.
bersama kendati roda dua
aku redah
kamu redah
hingga kita sama-sama basah.

hujan. 
roda hadapan membelok ke satu arah
kamu jangan khuatir
segalanya dalam pemerhatianNya
saya yakin, Dia pasti sedang menjaga kita
kamu alunkan sahaja kalimat itu
'bismillahi tawaqaltu 'ala Allah'
biar selamat semuanya.

makin lebat hujan.
aduh! kulit wajahku terasa sakit
mujur keluhan itu dalam hati sahaja
jangan khuatir
kerna sayangku padamu,
aku sanggup berkorban apa sahaja
kerna aku  yakin silaturrahmi  yang kita baja ini
hanyalah kerna menurut titah perintah tuhanNya.


andai saja kamu tahu
hatiku malah senang sekali
kita kehujanan bersama
aku khuatir padamu
kamu juga begitu

bila hujan itu makin melebat
hatiku jadi makin hebat mensyukuri.serius.
dalam diam aku lafaz,
kalimat hamdalah
kerna aku tahu, kita ditakdirkan kehujanan bersama
kerna tanpa saat itu, ukhuwah ini pasti terasa sepi.
aku malah suka. 
kehujanan bersamamu.

'masih kebasahan kena siraman hujan. pakai kendari roda dua. alhamdulillah, saya selamat menghantarnya pulang. hujan...aku semakin mahu bersahabat denganmu.'

-nurnurullah-
6 Syaaban 1432 H
umkl.