Isnin, 28 November 2011

SITI NURULHUDA ABDUL RAZAK.

Sanah helwah buatmu, sahabat. BarakAllahufik. 


"usah ditunggu hadirku meninta disini. doakanku kuat seperti dirimu. Uhibbuki fi l-Llah."

Salam Maal Hijrah!

1432 Hijrah
selamat tinggal
bersama amalan yang minta diterima disisiMu
bersama dosa yang cuma Engkau dan aku tahu keadaan itu

1433 Hijrah
ahlan wasahlan!
medanmu penuh pengharapan
harapan bersamaMu, Tuhan.


terus berjalan
bawah terik menatari
di bawah hujan yang menyimbah.

redah!

Khamis, 10 November 2011

Monolog I

Kepanasan. Tubuhnya diiring ke kiri, ke kanan. Kemudian ke kiri lagi, dan ke kanan lagi. Lama dia begitu. Sehingga dia terjaga. Sambil bangkit dari tidur yang tidak lena, jari jemarinya memisat kedua-dua belah mata. 

"Allah." kalimat itu disebut perlahan. Sebak dadanya. Tangannya meraba mencari sesuatu dari bawah bantal peluk. Objek keras itu diambil. Ditekan rambang pada punat-punat kecil. Keluar cahayanya. Baru jam 2.45 pagi. 

Dia bangkit perlahan dan mengatur langkah ke kamar mandi.

*****

Nawwirah bingung. Dia tidak bisa tidur kembali. Fikirannya menerawang terbang, memikirkan seribu macam peristiwa yang dilalui baru-baru ini. "Allah." Matanya berair. Merah. Sesaat....dia menangis lagi. Sungguh hakikat yang dia jalani sungguh berat!

*****

"Awin, kenapa baru sekarang awak nyatakan ini? Kenapa selama ini awak tidak berterus terang sahaja.?" Irfan mendesak. Di hujung suaranya, ada keluhan berat. 

"Saya tidak ada kekuatan untuk menyatakan itu. Maafkan saya." Nawwirah bersahaja. Semakin kuat dia mengawal emosinya. Biar lelaki itu tidak bisa membaca apa yang dirasakan dalam hatinya saat itu. Dipandang wajah itu. Mata Irfan memerah, berair.

Perlahan dia menyeka air matanya. "Kalau begini keadaan awak, tidak mungkin saya begitu mudah memberi harapan pada yang lain. Kenapa Awin? Kenapa baru sekarang kamu sampaikan pada saya?"

"Itu jalan yang awak pilih. Teruskan sahaja hubungan awak dengan dia." Dia menunduk. Ternyata, hatinya remuk! Dia tidak bisa menahan kesedihan itu. Namun, segera di kawal. Dia melemparkan senyuman hambar.

-Tamat-

Antara dua insan, Allah merancang kebaikan-kebaikan selayak mana manusia menata perhubungan. Pada setiap janji yang tidak bisa dilunasi. Pada setiap harapan yang semakin perlu dikuburkan. Pada harapan mendambakan dia disyurgaMu. 

Ya Tuhan, andai benar jalan ini dikau takdirkan ke atas kami...berikan aku kekuatan untuk melewati keadaan itu. Berikan aku harapan yang lebih tinggi disisiMu. Hamba tidak mampu menyembunyikan perasaan ini jika bukan dengan upayaMu, jika bukan dengan izinMu, jua bantuMu. Setidak-tidaknya, berikan kekuatan...biar berjaya untuk memulihkan kekecewaan ini. 

Ya Tuhan, hamba ini kembali minta pengampunan. Hamba ini kembali minta seluas lautan rahmatMu diatas kekuatan untuk mengemudi hati dan perjalanan kehidupan ini. Jalan ini sepi lagi. Tanpa teman disisi. Yakini hati ini Ya Allah, denganMu sahaja cukup untuk aku hidup. KeranaMu sahaja, sudah lebih dari cukup untuk aku tetap hidup...biar tanpa yang lain menyampingi. Menemani.

Ya Allah. Jangan jadikan kecewa ini berlarutan sehingga memusnahkan harapan di atas harapan. Jangan Engkau izinkan itu berlaku Ya Allah. Sungguh hamba ini mahu bertabah! Mohon dengan segala kasih sayangMu, kurniakan aku itu. 

Untuk tetap jalani hidup. 
Sepi. Sendiri.

Selasa, 8 November 2011

Takbir dan teruslah bersamaNya.

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar....wa Lillahi l-hamdih.

Segumpal daging,
bernama hati.
Lama kau diam membungkam
dosa nan nista bersawang
tuanmu tidak peduli itu
lama tuanmu tidak peduli
sehingga terlalu lama,
dan kini lukamu makin parah berdarah!

Segumpal daging,
bernama hati.
tuanmu terpedaya
pujuk rayu nafsu nan palsu
sehingga karat-karat hitam membintik
satu...dua...tiga...
hingga terhakis pahala lalu
tuanmu tetap diam sahaja
hati, tidakkah kau mengerti?

Segumpal daging,
bernama hati.
Kerasmu membatu
tidak ada yang bisa melembutkan
tidak ada yang bisa membantumu
pada saat tuanmu tidak mahu lagi peduli.

hening pagi itu,
seluruh cakerawala berjaga
demi merebut sekalian rahmat Tuhan
tidak terbendung luasnya
sepenuh isi langit,
seluas isi lautan...bahkan lebih!
selebar-lebar sayap-sayap malaikat
bahkan lebih dari seisi dunia.

tuhanmu baru menyedarkan itu.
Allahu Akbar,
Allahu Akbar,
Allahu Akbar!

Segumpal daging
bernama hati.
Susuri kejernihan itu bersama tuanmu.

Dia mahu kembali.