Selasa, 20 Disember 2011

Pregnancy!

Usai solat Zohor,
Main Library UM.

Bulan kedua kehamilan. Dan saya teruja! (heh^^)

Sebenarnya, kandungan dan kehamilan yang saya maksudkan adalah tesis saya. Heh ^^ Macam tak masuk akal kenapa saya pakai istilah ni. Tapi inilah ceritanya...

Suatu hari. "Proposal ni buat Huda muntah-muntah, loya nak siapkan. Macam morning-sickness."

"Hurm?" kening sebelah kanan di angkat, sambil mata masih menatap wajah Huda.

"Yerlah. Macam orang mengandung. Kalau billa perasan, time buat proposal tu macam-macam perasaan ada.  Loya, nak muntah, seram sejuk pun ada. Then bila kita dah start writing, tak semestinya apa yg kita buat itu 100% betul. Kena jumpa supervisor lagi. Kalau supervisor tak puas hati, kena kasi injection biar maju sikit. Chapter by chapter kena teliti. Chapter 1 peringkat proposal, boleh cakap awal pregnancy. Dan masuk chapter 2, ragamnya macam pregnant bulan kedua. Macam tula sampai la supervisor cakap dah boleh jilid. Masa tu, tak sabar-sabar nak pergi menjilid macam baby yang tak sabar-sabar nak keluar (kalau dah sampai masalah. heh.)."

"Betul jugak eh. Huhu. Tapi billa still tak dapat rasa macam mana  kandungan bulan 1, bulan 2, bulan 3... (loyer buruk =P) Kalau perit nak writing chapter 2 tahulah." saya berseloroh.

Ruangan kamar bergema dengan tawa kami.

Okay, back to the topic...sebenarnya, dalam saya masih fikir-fikir dan cari apa kaitan buat tesis dengan orang mengandung...lalu timbul idea untuk saya namakan chapter saya dengan nama anak-anak yang saya suka. (nak kasi nama anak, xda anak lagi. huhu. chapter ni rasmi dulu nampaknya nama anak-anak ibu.haha!) =D

Chapter One namanya Urwah
Chapter Two namanya 'Aisyah

Gabungan kedua-duanya saya tulis 'Baby's growing up.' (macam real ja kandungan ni. huhu)

Dan untuk last chapter, saya sedang memikirkannya. Any idea? Haha!

Moral of the story : Nak berjaya, bukan mudah! Sebab itu bila ada motivasi yang 'gila-gila' macam ni boleh jadi pemangkin semangat (kot).



Apapun, saya selalu pegang yang ini :
" Verily, in the hardship...will be ease. Allah did promise."

=)
* kembali fokus dengan diari ibu hamil! =P bulan ke-3 *

2 ulasan:

Unknown berkata...

hee~
jaga kesihatan k ibu mengandung~
byk2 amek supplement (ibadah nafilah)..
::winks::

وردة الحكمة berkata...

heh ^^
terima kasih utk pesannya. nanti saya dapatkan supplement yang bagus2 utk babies saya =D

*HUGS*