Khamis, 1 Mac 2012

Februari tanpa suara

Bismillah...
Asshola tuwashola mu'ala Rasulillah.

Genap 29 hari sepanjang Februari saya menahan diri dari menulis. Mencari kehidupan di alam realiti. Sudah lama juga segala keinginan dipendam. Bukan tiada cerita. Bahkan, begitu banyak cerita suka duka, cerita bahagia derita mahu diungkap dalam lirik-lirik ini. Namun, antara sekian banyak cerita suka dan duka, saya lebih banyak menerima cerita bahagia. Alhamdulillah! Syukur atas nikmat ini Ya Allah.

Sejak jemari berehat panjang dari proses menulis,  dan sejak akal sudah semakin sukar diperah ilmu dan hikmahnya, ternyata apa yang ingin diceritakan seakan jadi makin sukar. Namun, tetap dicuba! Insha Allah. Saya pernah dikhabarkan bahawa;

"Nikmat itu bila dapat, perlu disebut-sebut. Moga bertambah syukur."

Sejujurnya, sudah semakin hilang kemahiran bercerita. Namun, cerita bahagia itu saya sisipkan bersama gambar yang saya ambil. Menerima seadanya, bersama syukur yang semakin bertambah. Mudah2an...

Istimewa dari Langkawi! Banyak cerita tentangnya. Sehingga menimbulkan 'rasa yang kurang selesa' di pihak lain. Ya Allah, pelihara kami. Kuatkan hati ini untuk tetap bertahan dalam 'musafir' ini. Ameen. {Paling istimewa, saat mata lirih pada bait lirik dalam warkah yang luar biasa istimewanya. Allahu Allah. Aku mahu lebih bersyukur padaMu. ='( }

Sepatutnya cerita yang ni cerita bahagia yang pertama. Ehee...'malas' dah nak edit2. =P Inilah cerita bahagia saya. Di atas kesulitan yang Allah hadir, ternyata Allah mahu kasi lebih cerita gembira setelah saya berjaya menyempurnakan paper projek ini. Moga lulus hendaknya. Moga bermanfaat untuk researcher to-be yang akan masuk dalam bidang Sastera Kanak-kanak. Ameen. Terimalah, "Sastera Kanak-kanak Sebagai Model Pembinaan Sahsiah." {Heaven}

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
28 Mei ni insha Allah. Moga Allah beri kemudahan. Moga Allah terima diri ini, ummi ayah sebagai tetamu istimewa di sana. Moga Allah izin untuk menjaga adab2 sepanjang di sana. Moga Allah izin untuk berdoa di Hijr Ismail. Doa di Raudah. Doa di Multazam. Moga Allah permudahkan dan istimewakan diri ini, ummi ayah untuk mengucup Hajr al-aswad. Ameen Ya Allah.

Last but not least. Sekian dulu cerita bahagia dari saya. Pembuka Mac. Pembuka Jamadilawal 1433 H.

# "Spread happiness is the best way to show the syukr." 

# "Lalu nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan." (QS Ar-Rahman) 

Moga syukurku bertambah. Ameen.


Tiada ulasan: