Jumaat, 6 Mei 2011

semoga pergimu, bisa lebih diredhai.

bersama seorang hamba,
kami bersama membina mawaddah, bersama meraih rahmat...dari Dia,
bersama tergesa-gesa.

meniti perjalanan, 
aneh...tiba-tiba dia hilang, 
kehilangan yang abadi.

abdi dia kini di negeri abadi.
meninggalkan jasad ini sendiri,
terkadang memikirkan lelah...tapi itu cuma nafsu godaan yang membisik.
bangkitlah! betapa hidup ini satu perjalanan,
perjalanan yang sungguh-sungguh panjang, 
pujuklah diri, jangan pernah lelah.
syurga itu tersedia buatmu, hanya perlu bersungguh-sungguh mendapatkannya.

seorang akhi.
mohd nazri.
semoga semakin tenang di negeri abadi.
Al-Fatihah.

rindu. biarlah kerana Allah.mudah-mudahan.

wardatulHikmah
06 Mei 2011
0516 p.m
Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: