"Allah." kalimat itu disebut perlahan. Sebak dadanya. Tangannya meraba mencari sesuatu dari bawah bantal peluk. Objek keras itu diambil. Ditekan rambang pada punat-punat kecil. Keluar cahayanya. Baru jam 2.45 pagi.
Dia bangkit perlahan dan mengatur langkah ke kamar mandi.
*****
Nawwirah bingung. Dia tidak bisa tidur kembali. Fikirannya menerawang terbang, memikirkan seribu macam peristiwa yang dilalui baru-baru ini. "Allah." Matanya berair. Merah. Sesaat....dia menangis lagi. Sungguh hakikat yang dia jalani sungguh berat!
*****
"Awin, kenapa baru sekarang awak nyatakan ini? Kenapa selama ini awak tidak berterus terang sahaja.?" Irfan mendesak. Di hujung suaranya, ada keluhan berat.
"Saya tidak ada kekuatan untuk menyatakan itu. Maafkan saya." Nawwirah bersahaja. Semakin kuat dia mengawal emosinya. Biar lelaki itu tidak bisa membaca apa yang dirasakan dalam hatinya saat itu. Dipandang wajah itu. Mata Irfan memerah, berair.
Perlahan dia menyeka air matanya. "Kalau begini keadaan awak, tidak mungkin saya begitu mudah memberi harapan pada yang lain. Kenapa Awin? Kenapa baru sekarang kamu sampaikan pada saya?"
"Itu jalan yang awak pilih. Teruskan sahaja hubungan awak dengan dia." Dia menunduk. Ternyata, hatinya remuk! Dia tidak bisa menahan kesedihan itu. Namun, segera di kawal. Dia melemparkan senyuman hambar.
-Tamat-
Antara dua insan, Allah merancang kebaikan-kebaikan selayak mana manusia menata perhubungan. Pada setiap janji yang tidak bisa dilunasi. Pada setiap harapan yang semakin perlu dikuburkan. Pada harapan mendambakan dia disyurgaMu.
Ya Tuhan, andai benar jalan ini dikau takdirkan ke atas kami...berikan aku kekuatan untuk melewati keadaan itu. Berikan aku harapan yang lebih tinggi disisiMu. Hamba tidak mampu menyembunyikan perasaan ini jika bukan dengan upayaMu, jika bukan dengan izinMu, jua bantuMu. Setidak-tidaknya, berikan kekuatan...biar berjaya untuk memulihkan kekecewaan ini.
Ya Tuhan, hamba ini kembali minta pengampunan. Hamba ini kembali minta seluas lautan rahmatMu diatas kekuatan untuk mengemudi hati dan perjalanan kehidupan ini. Jalan ini sepi lagi. Tanpa teman disisi. Yakini hati ini Ya Allah, denganMu sahaja cukup untuk aku hidup. KeranaMu sahaja, sudah lebih dari cukup untuk aku tetap hidup...biar tanpa yang lain menyampingi. Menemani.
Ya Allah. Jangan jadikan kecewa ini berlarutan sehingga memusnahkan harapan di atas harapan. Jangan Engkau izinkan itu berlaku Ya Allah. Sungguh hamba ini mahu bertabah! Mohon dengan segala kasih sayangMu, kurniakan aku itu.
Untuk tetap jalani hidup.
Sepi. Sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan