Setinggi lafaz syukur padamu.
Kelmarin harinya saya bingung menaksir takdir,
saya lalui dengan hamparan hati yang masih berbekas lukanya.
'saya mahu setenang ini'
Inilah harinya.
SubhanAllah. Betapa Tuhanku Maha Pengasih. Maha Penuh RahmatNya.
Baru sebentar tadi, persoalan saya terjawab.
Perit sebenarnya. Namun, jauh ke dasar hati...kesakitan semakin membenarkan rasa syukur.
Sehingga kini, saat ini.
Saya semakin sedar...di tapak mana harus saya berada.
Terima kasih buatmu, akh.
"Tidakku simpan lagi perasaan ini buatmu. Selagi Allah tidak izin perasaan itu hadir mengikut rencanaMu sendiri."
Moga bisa kulewati hari demi hari dengan penuh semangat.
Fighting!
'Ya Allah, Anta hafizi. Jangan biar rasa ini bertamu terlalu lama. Sedarkan saya dari lena yang masih belum sempat panjang.'
-nurnurullah-
25 Rejab 1432 H
Kelantan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan