Isnin, 27 Jun 2011

subhanAllah.





dalam diam mengenali
susuk peribadi seorang abdi
subhanAllah.
aku jadi malu sendiri.
betapa anak itu...taat peribadi pada Tuhan.


subhanAllah
sekali lagi menemukan
benarkah dia 'pengamal' warkah cintaMu?
subhanAllah
betapa rasa hormat ini makin terbina
dalam diam.
(beruntunglah bagi solehah yang memilikinya).


subhanAllah
peribadinya meninggi.
diri semakin terhina
betapa kebetulan ini, hanya sekelumit mehnahMu
yang hadirnya untuk terus menduga hati.


subhanAllah
hanya bisa kagum dalam diam.
kuinsafi diri. mana mungkin dia kumiliki.
kerna hatinya telah dimiliki.
dan pemiliknya. Allah.


Allahu Rabbi.
hinanya diri.
tatkala diri sedar, biarkan kebenaran ini buat diri semakin menghina diri.


padaMu Ilahi Rabbi.
pautkan aku pada cintaMu.
penuh seluruh.
ameen.
ya Rabb.


'akulah hamba yang fakir. di dalam kefakiranku. ampunkan hamba kerna terus-terusan mahu bergantung harap pada manusia, ya Allah.'


-nurnurullah-
26 Rejab 1432 H
KB-BDRI.

Tiada ulasan: