Bismillah.
(terima kasih, ukhti Amira Shazwani untuk 'kado' darimu ini)
-teman dalam penantian-
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Terbaik dari segala hal...
Duniawi mahupun ukhrawi...
Kelak dirimu bahagia.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Soleh dan solehah...
Mukminin dan mukminat...
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat...
Bahagia dunia dan akhirat.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Baginya dunia hanya sementara...
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi...
Untuk menuju ke syurga Allah.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik....
Al-Quran jadi panduan hidup...
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan...
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat...
"insya Allah ukhti, pesanmu kuingat selalu. buatmu jua. semoga success dalam penantian. doa buatmu tanpa henti"
*syahdu. kerana malam ini malam terakhir saya disini. bersama anak-anak buah kesayangan saya. dan kesayangan saya, kak nur...dialah satu-satunya saudara perempuan yang Allah beri pada saya dalam hayat ini. menghitung waktu. sukar untuk melepaskan kalian. moga Allah didik hati ini untuk redha. bertemu itu pasangnya berpisah. tidak ada yang namanya kekal, selagi bersama makhluk. Allah*
-nurnurullah-
28 Rejab 1432 H
KB-BRI.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan