Rabu, 29 Jun 2011

prolog.

Bismillah.
diari : mengenang kembalimu ke negeri abadi. 


Kelmarin, baru sahaja wanita itu disapa angin bahgia. Tatkala lafaz sakinah dialun penuh tertib, dari kejauhan, dalam keramaian...air mata jernih si isteri gugur. Diseka perlahan. Alhamdulillah. Dan kini, dia sudah dimiliki lagi oleh yang namanya makhluk. Dia dimiliki oleh lelaki bergelar suami. Akhirnya. Nada bahagia itu sukar dia alun sendiri. Hanya sujud penuh syukur pada sang pemilik makhluk, yang tidak ada tandingnya.


-gambar hiasan-

Andai dikisahkan, manusia-manusia jadi aneh. Wanita itu melaluinya. Dengan galau hati yang meribut. Hanya Allah jadi sandaran. Dahulu wanita itu seorang isteri. Dan saat ini, hati lebih meredhai dia kembali kepada pemilikNya. Wanita itu cemburu. 

(al-Fatihah buatmu yang bernama suami. moga tenanglah dirimu di negeri abadi).

-nurnurullah-
28 Rejab 1431 H
KB-BRI.

Tiada ulasan: