Terlerai kerinduan. Terima kasih ummi. Terima kasih ayah.
in the remembrance of you
Alhamdulillah. Setinggi lafaz syukur ke hadrat Ilahi Rabbi.
Sungguh tak percaya. Yang saya jumpa tadi ummi. Yang saya jumpa tadi ayah. Yang saya peluk erat tadi ummi. Yang saya kucup tangannya tadi ayah. Terlerai kerinduan.
Terima kasih ummi ayah. Sungguh hati anakmu terbeban rindu yang maha hebat! Dalam hitungan, sudah 2 purnama kita tidak 'bermadu domba'. Tapi hari ini, dengan izin Dia. Dengan kehendak Ilahi...kita jumpa. Aneh dengan rencana Dia. Maha Hebat Dia atur segala. Sungguh tak terjangka saya akan jumpa mereka. Tak terlintas yang saya akan tatap wajah mereka, walau sekejap cuma. SubhanAllah. Kerinduan ini masih belum terubat. Saya mahu jumpa mereka lagi. Mudah-mudahan dengan hendakNya, kita jumpa ya ummi, ayah.
Pada kesempatan yang tidak sampai 5 minit, syukur saya ke hadrat Ilahi. Saya berkesempatan lagi peluk cium mereka. Saya mahukan lagi Ya Allah. Dan lagi! Syukur padaMu Ya Allah...telah Engkau kurniakan mereka sebaik-baik ummi dan ayah untuk kami. Sungguh kasih sayang mereka itu kasih sayangMu, Ya Allah.
"Redha Allah bersama redha ummi ayah. InshaAllah. Ini yang saya mahu kecapi. Berikan izin Ya Allah. Ameen."
ummi ayah. sentiasa mengingatimu. sentiasa mengingati pesananmu.
wardatulHikmah
08 April 2011
0952 p.m
Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan