Jumaat, 8 April 2011

Wasilah kekuatan melalui hambaMu yang benar Engkau pilih. Syukur Ya Allah.

Mahu kembali dekat padaNya

Alhamdulillah. Setinggi lafaz syukur ke hadrat Ilahi Rabbi yang tidak pernah hamba ini kecewa memburu CINTA-MU! Syukur di atas nikmat untuk berbagi noikmat buat tatapan hati dan manusia yang sempat lewat ke laman ini. Sungguhpun, laman ini cuma laman rahsia. Sungguh peribadi. 

Berpagi-pagi di ruangan manusia yang tekun dengan pengajian mereka. Semoga hati mereka, Engkau berikan kekuatan. Sungguh, melewati kelmarin serta sebahagian hari siangMu benar buat diri melemah. Kerna terlalu memikirkan beban ujian. Apalagi merasa semakin berat untuk membina yakin untuk presentasi jam 3 petang. 

Istighfar...alunan almarhum Ustaz Asri saya lekapkan ke telinga. Perlahan-lahan saya menghayati. Namun, sukar lagi untuk buat hati tenang semula. Buat diri kuat semula. Buat diri bisa 'terfokus' kembali. Pasti ada hal yang masih menghijab. Ya Allah!

Lewat sejam pertama, wanita ini mampir pada saya. Teruja melihat dia. Di hadapan saya, seakan ada wanita yang penuh seluruh ada kekuatan padanya. Segan untuk saya bercerita. Namun tidak semena-mena, mulut jadi ringan menutur kata. Membiarkan beban perasaan itu lepas bersama titis air mata. Sungguh! Tiada kekuatan sebelumnya. Namun, keyakinan padaMu Tuhan...Engkau mengasihani hamba lewat ukhti solehah yang baru saya kenal dia. SubhanAllah. Hati jadi lebih tenang. Mendengar lantera kalimat kekuatan dari dia, buat diri makin bersemangat. SubhanAllah. Pastinya kata-kata itu kata-kataMu Ya Allah. Yang selama ini hamba begitu rindu mendengarkan.

SubhanAllah! Sehingga beberapa jam hati saya bisa terus bertahan. Membiarkan beban itu terpenjara tanpa perlu untuk saya layan. Saya mahu fikiran jua beban ini cepat keluar dari kehidupan saya. Sungguh...saya malu padaMu Tuhan, kerna tergesa-gesa mahukan kebaikan itu. Tolong hambaMu. Jangan biar 'ia' jadi lemah kembali. Saya mahu kekuatan yang saya rasakan ini, kuatnya berpanjangan. Bukan bermusim cuma. Yakinkan hamba, 'tidak ada seorang hamba yang diuji di luar batas mampunya. Allah tidak pernah zalim pada manusia.'

Kini. Bersama lagi ukhti solehah yang benar Illahi Rabbi hantar pada saya. Syukur padaMu, Ya Allah.

"Teruslah genggam hati ini Ya Allah. Biar mekar bercambah dalam kerinduan, dan usaha yang tergesa-gesa memburu cinta, jua rahmatMu. Ameen."

wardatulHikmah
08 April 2011
0633 p.m.
Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: