Isnin, 4 April 2011


Janganlah diri terbeban dosa.



 " Ya Allah Tuhanku

Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu..."

Ya Ilahi Rabbi. Kan ku terus bawa namaMu sehingga kembali tumbuh mekar mewangi di dasar hati. Ya Allah. Ilahi Rabbi. Ampunkanlah dosa-dosaku, dosa-dosa kami...rahmati kami. Sedar diri semakin menjauhkan langkah, Engkau segera mampir menyedarkan. "Duhai hamba...tegarkah kau menahan panas api nerakaku? Pergilah selamatkan dirimu." 

Saat diri makin menjauh dari Dia. Hati sungguh terasa semakin sakit. Diri terasa tidak ada yang ikhlas dengan penuh seluruh. Ya Allah...kesakitan ini makin merebak. Tambah parah! Aku khilaf. Berkali-kali pesanMu mampir mengingatkan. Berulang kali 'warkah cintaMu' kubaca tanpa sebenar CINTA. Barangkali hati ini terbeban benar dengan dosa. Ya Allah! PesanMu mampir lagi ke dalam diri. Tatkala aku makin kecewa dengan manusia. Ya Allah! Telah aku sedar akan sesuatu. Hati ini, jangan pula lemah. "Ya Allah, aku mohon dengan sebenar-benar CINTA...janganlah Kau membolak-balikkan hati ini tatkala aku semakin tergesa-gesa mengejar SYURGA-MU. Ilahi Rabbi...tolong, berikan aku kesempatan."

Aku tidak mahu terus menjadi pendosa! 

WardatulHikmah,
04 April 2011
Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: