Rabu, 13 April 2011

Nota buat diri. Nurullah. Hiduplah bersama CAHAYA KEKASIH HATI.

setiap nafas. Nurullah mahu keberkatanNya bersama.

Jadilah seperti mentari,
yang bersinar dengan cahayanya yang penuh seluruh,
Jadilah umpama mawar,
harumnya tersebar melata pada setiap ruang yang ada padanya

Jadilah seperti sang bumi,
merasa hina dengan kerendahan hatinya, bijaksanalah!
Jadilah seperti hujan,
yang menyuburkan titisan cintanya pada semua jiwa dengan penuh seluruh.

Diamlah diri dari sangkaan,
Percayalah hanya pada mata hatimu yang bersih
Hela nafas demi nafas itu berkat
kiriman KEKASIH HATI.

Inspirasi. Pancarkan dari qudwah hasanahmu buat semua manusia
Bahkan, hidupmu...biar dipenuhi dengan bakti yang penuh untuk membantu manusia
Andai dia dan dia itu masih belum diri kenali, dan sesungguhnya mereka bukanlah asing,
kerana antara manusia...kamu dan dia, kamu dan mereka, kamu dan semuanya bersaudara.

Mengapa kita mengejar harta dunia?
Adakah kita, anda fikir bahawa itu memberi kesenangan berpanjangan?
Usah berfikir, usah bersangka! Bahawa kesenangan, kepuasan itu berhasil dengan kekayaan.
Bahkan tiada satu pun dari kesenangan itu bisa menunda saat kematian
Dan sesungguhnya, keamanan dan kebahagiaan itu adalah pada saat diri menyembah ALLAH dengan penuh seluruh!

Nota 1: Rekayasa dari idea Mesut Kurtis. Penambahan pada makna untuk jadikan mutiara hikmah ini jadi lebih mapan nan indah.
Nota 2 : Pesanan buat diri. Buat ummi ayah. Buat seorang akh, inshaAllah yang akan terus saya doakan kebaikan-kebaikan yang banyak buat dirinya. Buat saudara-saudara saya semuanya. Ini saya persembahkan buat kalian. Walau dalam nada yang penuh rahsia. Hanya Allah Maha Tahu.


"Every beat of my heart says, 'Allah Allah Allah."

wardatulHikmah
14 April 2011
1109 a.m.
Kuala Lumpur

Tiada ulasan: