Rabu, 27 April 2011

محمد رسول الله 


محمد     
semulia-mulia Arab dan 'ajam

محمد     
sebaik-baik yang berjalan

محمد     
pemurah dengan kebaikan yang menyeluruh

محمد     
yang punya ihsan dan kemuliaan

محمد     
mahkota utusan Allah keseluruhan

محمد     
yang benar tutur dan bicaranya

محمد     
yang tepat janjinya lagi terpelihara

محمد     
terpuji akhlak dan kelakuannya

محمد     
dikisahkan dengan cahaya bentuknya

محمد     
sentiasa cahayanya dari dulu

محمد     
memimpin dengan adil punyai kemuliaan

محمد     
sumber anugerah dan hikmah

محمد     
sebaik-baik makhluk Allah, keturunan Mudhar

محمد     
sebaik-baik utusan Allah sekaliannya

محمد     
agama yang benar padanya kami berpegang

محمد     
ringkas lagi benar dalam ilmu

محمد     
ingatannya roh kehidupan kami

محمد     
syukurnya wajib ke atas umat

محمد     
hiasan dunia dan permata

محمد     
menyingkap kekusutan dan kegelapan

محمد     
pemimpin elok perilaku

محمد     
dijadikannya ar-Rahman dengan kenikmatan

محمد     
ketulenan dari Tuhannya dan pilihanNya

محمد     
kesucian menutupi kesangsian

محمد     
tersenyum kepada tetamu dimuliakannya

محمد     
tetangga, demi Allah tiada kehilangan

محمد     
indahnya dunia dengan kebangkitannya

محمد     
datangnya dengan ayat dan hikmah

محمد     
hari manusia dibangkitkan, syafaat kami

محمد     
cahaya petunjuk menerangi kegelapan

محمد     
tegak kerana Allah penuh berhemah

محمد     
penutup Rasul sekaliannya

"Tuhanku, selawat dan salam selamanya. Buat kekasihMu sebaik-baik ciptaan sekaliannya"

wardatulHikmah
28 April 2011
1248 p.m.
Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: