Selasa, 12 Julai 2011

keringnya titis air mata.

Bismillah.
Tertancap aku pada kalimat tauhidMu Allah. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah SAW, keluarga juga para sahabat.


Lama abdi tidak bersimpuh
mengadu domba
memohon keampunan
demi sebuah keinsafan.

Lama abdi berjalan
semakin laju meninggalkan
makin jauh ditinggalkan
redha Tuhan.

Abdi ini makin angkuh dalam kesombongan
Makin riak dalam kian kefakiran
Allahu Allah.
terkenang.
titik hitam makin menghijab hati.
jangan ya Allah.

mungkinkah esok harinya?
Allah.

jangan lagi.
abdi mahu terus bersimpuh
dalam kehinaan
dalam kefakiran
dalam tiada upaya
mengharapa ampunanMu

basah hijab putih,
dalam membina seribu kesalan
keinsafan.
abdi rindu ya Allah.
perkenan...
abdi dalam fakir bersimpuh.
mahu diampunkan.


'basahi redup mataku'

-abdi yang makin faqir-
12 Syaaban
Bkt. Angkasa, Kuala Lumpur.


Tiada ulasan: