Isnin, 4 Julai 2011

antara dua kasih.

Bismillah.
Alhamdulillahi rabb al-amin. wassolatu wassalamu'ala asyrafil anbiya'i wal mursalin. wa 'ala alihi wa ashabihi ajmai'n. amma ba'du.


Menyingkap tirai semalam. 3 Julai yang berlalu. Disitulah Kau Allah menemukan cinta ummi dan cinta ayah. Dalam lafaz sakinah yang denganNya Allah redha. DenganNya Allah rahmati kita semua. Dua peristiwa berlangsung kelmarin. Pertamanya, kelahiran ayah. Keduanya, ulang tahun perkahwinan ummi ayah.

3 Julai 1965.
keranaMu Allah lahirnya dia.
keranaMu Allah, dikau ajar segala macam perkara
keranaMu Allah, dia yang dulunya cuma anak kecil..
...sudah mula mengerti, bahkan semakin mengerti akan hal semesta kehidupan ini.

keranaMu Allah, dia semakin dewasa
pucuk kematangan kian bercambah...
hingga dia bisa hidup sendiri...
namun, seraya mengaku abdinya dia padaMu Allah...
tetap sahaja dia merendah diri...
kerna dia tahu, satu saat dia bakal pulang kepadaMu...

keranaMu Allah. 3 Julai itu titik takdirMu
menemukan dia dengan rusuk sebelahnya yang lama dinanti.
mereka membajai cinta. lama. dengan penuh harap untuk redhaMu.
maka Engkau redhailah mereka.
mereka membesarkan permata hati tanpa kenal lelah....kerna rahmatMu yang mereka mahu...
maka Engkau rahmatilah mereka...
saat mereka khilaf, bersegera mereka mampir padaMu dalam kebersamaan abdi padaMu
dengan penuh seluruh.
subhanAllah. mekar bercambah cinta kasih dalam hati keranaMu Allah.

Engkau ajar mereka mawaddah.
Engkau ajar mereka rahmat,
Engkau ajar mereka sakinah.
dan itulah kunci-kunci mereka membina sebuah 'syurga' di dunia...
Engkau tanamkan kecintaan yang buat mereka semakin cinta padaMu.
Engkau tunjukkan mereka makhkuk mulia, Rasulullah..
mereka berusaha mengikutinya.
subhanAllah.

setelah jauh Engkau pandu mereka
mengemudi sebuah rumah tangga
maka, Engkau pandulah lagi sehingga penghujungnya.

Berharap redhaMu, rahmatMu, juga keampunanMu ya Allah. 'SELAMAT HARI LAHIR AYAH. SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN, UMMI AYAH'. sungguh. kakak merinduimu. kakak mencintaimu. semoga kecintaan ini dipasakkan sebenar-benarnya kerana Allah. juga kerana Baginda Rasulullah. 

-nurnurullah-
05 Syaaban 1432 H
Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: