di bawah mendung hujan yang membasah.
dari tabir jendela.
barakah Jumaah. hidupku dengan nafasMu Allah. Jumaah, sudah ribuan hari Jumaah kulewati. sehingga hari ini. hujan, tiba-tiba. Alhamdulillah, dalam bugar iman yang tenggelam dalam Ilahiyyah, ketauhidan sejati kepadaMu. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasullah SAW, seluruh keluarga juga para sahabat, kecintaan-kecintaan Baginda.
Berpagi-pagi. Usai Subuh, saya bersegera menyediakan sarapan buat ahlul Raudhah Sakinah. Alhamdulillah, yang sekadarnya sahaja, cuma Nasi Goreng Kampung, dan keropok keping. Dan tidak lupa, potongan orange! Alhamdulillah syukur di atas rezeki.
Sarapan dihidang. Ahli rumah saya panggil satu persatu. Shahirah, yang mesra saya panggil adik sahaja. Norli. Hanya kami bertiga. Masih ada satu, Syaima'. Namun dia menolak untuk sarapan bersama. Masih ada hal yang perlu dia segerakan. Okay. Kami makan dulu =)
Norlida, sahabat saya berkongsi. Kalau dia mahu pulang lagi ke kampung. Bapa saudaranya meninggal dunia tadi pagi. Waktu Subuh. SubhanAllah. 'Syahid' dalam barakah Jumaah. Siapa yang tidak mahu? Justeru lama saya menyimpan hasrat biar hayat akhir saya dalam kemuliaan Jumaah. Namun, itu cuma hasrat. Kerna soal itu, justeru Allah lebih berhak ke atas saya. Hanya yang penting, sentiasa meminta-minta biar penghujungnya dengan husnul khatimah. Insya Allah, mudah2an bisalah berbuat, beramal sesuai dengan doa. Dan moga akhirnya hayat menjadi satu keringanan buat ramai orang menguruskan jenazah saya. Ameen...ameen.
Sungguh mendalami keinsafan. Soal kematian, benar-benar rahsiaNya. Tidak ada yang bisa 'menebak' kapan hari akhirnya. Buat diri saya, yang seringkali alpa. Benar-benar saya ingatkan diri, bahawa mati itu hal yang pasti. Dalam minit-minit yang saya lalui, cukupkah amalan sebagai jaminan di sana? Allahu Rabbi. Saya akur. Begitu banyak kelompangannya. Semakin saya dewasa, semakin saya berdosa. Sungguh, saat memikirkan QaharNya Allah, rasa gerun. Kerna takut teramat pada seksa. Namun, demi rahmatMu yang begitu meluas, putus asa dalam taubat segera terpelihara. Allah.
Pesanan ini khusus untuk diri saya. Yang sering-sering leka. 'Usah ditagih pengakhiran yang baik, andai usia tidak dimanfaat dengan sehabis baik. Ikhlas, semoga Allah bisa memelihara, dijaga baik dalam hati setiap hamba.'
Lewat pesan Syaikh Ibn 'Atha'illah as-Sakandari dalam Kitab Al-Hikam;
احالتك الاعال على وجود الفراغ من رعونات النفس
'ihaalatuka l-a'maala 'ala wujudi l-faraaghi min ru'uunaati l-nnafsi'
"Menunda beramal saleh guna menantikan kesempatan yang lebih luang, termasuk tanda kebodohan jiwa."
'penundaan itu apakah kerna urusan dunia lebih diutamakan? sehingga lupa ajal (kematian) yang bisa datang menjemput setiap saat. dan kerna itu bisa mengakibatkan lemahnya niat serta berubah tujuan (orientasi) amal itu'
lalu, bersegeralah! dalam beramal, semoga keikhlasan yang mendiam terpelihara.
تنوعت أجناس الاعمال لتنوع واردات الاحوال٠ الاعمال صور قائمة واروحها وجود سر الاخلاص فيها
'tanawwa'at ajnaasu l-a'mali litanawwu'i waaridaati l-ahwaali. ala'maalu suwarun qaaimatun waarwaahuha wujuudu sirra l-ikhlaasi fiihaa'
"Amal itu beragam, lantaran beragamnya keadaan yang menyelinap ke dalam hati (jiwa). Amal itu merupakan kerangka yang tetap (mati, tidak bergerak), dan ruhnya ialah keikhlasan yang ada (melekat) padanya."
'keihlasan dalam beramal adalah semata ditujukan kepada Allah sebagai zat yang memiliki sang hamba'
Allahu'alam.
-wardatulHikmah-
14 Syaaban 1432 H
Bkt. Angkasa. KL.
(sambil menghayati titik hujan, menghirup aroma baunya. segar. SubhanAllah. Alhamdulillah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan