Rabu, 13 Julai 2011

catatan hari ini, esok dan akan datang.

Bismillah.
Di bawah panji menegakkan kalimat tauhid. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah SAW, keluarga, para sahabat, juga kekasih2 yang dicintai Baginda.


Alhamdulillah. Seiring waktu yang berputar, begitulah juga hidup ini semakin memutar di atas pentasnya sendiri. Dan, di antara kehidupan di dunia...lalu diberi pilihan oleh Allah untuk matang memilih yang mana. Jalan yang dilalui banyak orang? Atau laluan yang sikit orangnya? Insya Allah. Mudah-mudahan dalam usaha, saya terpilih memasuki golongan yang sedikit.


Alhamdulillah syukur. Persoalan demi persoalan semakin terungkai. Taman Raudhah membuka laluan yang semakin cerah. Dan sebenarnya 'pencerahan' itu kerana Allah. Bukan kerana Taman Raudhah. SubhanAllah. Dalam diam saya pendam, Allah semakin menjawab. Begitu nikmat perasaaan ini. Bahagia. Serius. Hari ini saya menemukan 'ikhlas', saya menemukan 'zakat', saya menemukan lebih banyak lagi! Alhamdulillah syukur.


Benar. Ikhlas itu sukar untuk saya pupuk. Sangat sukar. Kerana tanpanya, sungguh penghambaan itu jadi tidak tulus. Syaikh Ibn 'Atha'illah as-Sakandari mengarang dalam bukunya, Kitab Al-Hikam : Petuah-Petuah Agung Sang Cinta, beliau menyatakan dari satu hal pengabdian seorang hamba kepada Illahi. Menurutnya,


"Keinginan agar orang lain mengetahui keistimewaan yang ada dalam dirimu adalah bukti dari 
ketidaktulusan penghambaanmu."

Sunguh dalam menata waktu,  berbuatlah sesuai keredhaanNya. Kerna saat kurnia Allah dimanfaatkan manusia untuk meraih puja-puji dari sesamanya (manusia), pada hakikatnya cahaya Ilahiyyah belum masuk ke dalam relung hatinya. Sehingga ikhlas itu tersekat untuk dinikmati.

Begitulah. Hari ini, besok dan seterusnya. Ingin aku fahami agar kumampu ikhlas. Serius. 

Insya Allah, dalam perancangan Taman Raudhah akan bertambah meriah dengan unjuran aktivitas rehlah. Beberapa hal yang perlu saya ambil perhatian :

- tarikh 17.07 : Potluck Play di Taman Layang-layang, Kepong.
- tarikh 31.07 : MESRA '11 (program medan) - semarak Ramadhan ^_^
- 2 minggu dari sekarang (tarikh belum tetap) : cycling dan MABIT* insya Allah di Bkt. Cerakah*

Alhamdulillah. Mudah-mudahan semua aktivitas sudah disenaraikan semuanya. Tinggal lagi perlaksanaannya. Sungguh tujuan Allah Ghayatuna, Ar-Rasul Qudwatuna...bisa tercapai. Ameen ya Rabb.

'Inginku fahami agar kumampu ikhlas.'
mohon petunjukMu ya Allah dalam setiap langkahku.

-wardatulHikmah-
13 Syaaban 1432 H
Bkt. Angkasa, KL.

Tiada ulasan: