Khamis, 7 Julai 2011

hujan. saya mahu bersahabat denganmu.

Bismillah.
Dengan kalimat tauhid, selawat dan salam ke atas rasul, keluarga juga para sahabat.


hujan.
bersama kendati roda dua
aku redah
kamu redah
hingga kita sama-sama basah.

hujan. 
roda hadapan membelok ke satu arah
kamu jangan khuatir
segalanya dalam pemerhatianNya
saya yakin, Dia pasti sedang menjaga kita
kamu alunkan sahaja kalimat itu
'bismillahi tawaqaltu 'ala Allah'
biar selamat semuanya.

makin lebat hujan.
aduh! kulit wajahku terasa sakit
mujur keluhan itu dalam hati sahaja
jangan khuatir
kerna sayangku padamu,
aku sanggup berkorban apa sahaja
kerna aku  yakin silaturrahmi  yang kita baja ini
hanyalah kerna menurut titah perintah tuhanNya.


andai saja kamu tahu
hatiku malah senang sekali
kita kehujanan bersama
aku khuatir padamu
kamu juga begitu

bila hujan itu makin melebat
hatiku jadi makin hebat mensyukuri.serius.
dalam diam aku lafaz,
kalimat hamdalah
kerna aku tahu, kita ditakdirkan kehujanan bersama
kerna tanpa saat itu, ukhuwah ini pasti terasa sepi.
aku malah suka. 
kehujanan bersamamu.

'masih kebasahan kena siraman hujan. pakai kendari roda dua. alhamdulillah, saya selamat menghantarnya pulang. hujan...aku semakin mahu bersahabat denganmu.'

-nurnurullah-
6 Syaaban 1432 H
umkl.

Tiada ulasan: