Selasa, 5 Julai 2011

sedikit waktu lagi.


sedikit waktu lagi
masanya akan tiba

sedikit waktu lagi
akan sampai harinya

sedikit waktu lagi
di sana kau temukan usaha yang selama ini, tertunda hasilnya

sedikit waktu lagi
di sana ada puncak jaya
sedikit waktu lagi
kau kan sampai ke sana

demi sedikit waktu 
yang masih dalam kembara
abdi mohon ya Allah
gandakan kesabaran
permudahkan perjuangan
dengan Engkau membuka selebar-lebar jalan kesabaran
kerna abdi yakin
janjiMu pasti.

'mahu segera graduasi 2012! mahu terus ke acara perancangan seterusnya. untuk Islamku, tidak akan pernah lelah. ya Allah, permudahkanlah.'

-nurnurullah-
6 Syaaban 1432 H
umkl

Tiada ulasan: