Ahad, 17 Julai 2011

Daripada Imam Busairi radhiyallahu anha.


Bismillahirrahmanirrahim.

Wahai tuhanku, curahkanlah selalu selawat dan salam 
kepada kekasihMu,
Muhammad sebaik-baik makhluk keseluruhannya



Kenapakah kedua matamu tetap mencucurkan air mata,
walaupun telah engkau katakan :
"tahanlah, jangan menangis."

Dan mengapa hatimu tetap resah dan gelisah 
padahal telah engkau katakan kepadanya :
""Tenanglah, jangan gelisah."

Apakah orang yang dimabuk cinta menyangka,
bahawa cinta kasih dapat disembunyikan di sebalik
cucuran air mata dan kegelisahan jiwa?

Jikalau tidak kerana dalamnya cinta,
tidaklah akan bercucuran air mata 
di atas kesan-kesan kampung kekasih

Maka bagaimanakah hendak disembunyikan cinta kasih ini?

Wahai orang yang mencelaku tentang cintaku.
Sepatutnya orang yang dimabuk cinta itu dimaafkan sahaja atas keterlanjurannya,
Andai engkau sedar derita orang yang bercinta, sudah pasti engkau tidak akan mencelanya.

16 Syaaban 1432 H
Hulu Langat.

Tiada ulasan: